YPLIOP

“awak tau awak fucked bila..?”

dan kerlipan lampu pun berkilau dengan gerak yang pantas, bercahaya lip lap seperti hari raya, bunyi drum-gendang-entah-apa mereka guna untuk efek saspens juga turut melakukan tugasnya.

Dan dalam sesaat, cahaya liplap, bunyi drum, hilang. Lampu putih tersorot pada seorang peserta daripada tiga..

“Yes you!”

“Aaa, bila you are the reason your friend is a monster because you selalu bagi muka, and now your life miserable because of it??”

*ding ding ding*

“Looks like we’ve got ourselves a winner!!”

Perempuan awal 20-an itu tersenyum lebar menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi, mengangkat tanganku ke atas, dan penonton menyorak kegembiraan, ada sesetengah berdiri, ada sesetengah mengelap air mata.

Aku menunduk tanda hormat, masih lagi tangan di atas.

Dan tirai pun berlabuh.

Dan Cik Pengacara lagi berkata “Sampai sudah ke penghujung rancangan, bertemu lagi kita pada waktu dan hari yang sama dalam…”

Kamera zoom out, pergi ke setiap penonton, dan ke atas untuk overall view

“Your Pathetic Life is Our Pleasure!”
kata semua di studio sambil bersorak riang dan melambai pada kamera.

Posts created 4

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top