ya, kau.

Kau.
Ya, kau yang aku kenal.
Kau yang kenal aku.

Kepada kau yang buat aku tersepit,
sesat di dunia ku sendiri, masuk ke perangkap dan permainanmu.

Kepada kau yang dengki denganku hingga sanggup jatuhkan aku,
sedangkan pada masa yang sama aku cuba menarikmu ke puncak kejayaan.

Kepada kau yang tidak pernah berhenti mengukap kata hinaan dan cacian dibelakangku,
dikala didepan ku,
ayat semanis madu kau beri.

Kepada kau yang bijak memainkan watak seorang sahabat sejati, sedangkan kau lah musuh yang aku jangkakan tidak akan wujud di duniaku.

Kepada kau yang aku fikir setia mendengar aku meluah di saat aku betul betul terluka,
kecewa sehingga kau nampak semua kelemahanku,
tetapi rupanya kau menyenaraikan kelemahanku sebagai peluru untuk membunuh jiwaku.

Kepada kau yang aku fikir sanggup bersama dikala aku tersepit,
terjatuh,
terbeban,
tetapi rupanya kau lah insan yang pertama menghilang tanpa jejak.

Dan kau fikir,
aku akan terus menjadi boneka didunia yang kau takluki,

Kau fikir,
Aku akan terus buta menilai mana batu dan mana permata,

Kau fikir,
Aku akan terus dikaburi oleh lakonan mu .

Tetapi,

Aku tersedar dari semua permainan yang kau fikir kau akan terus menang dalam diam.

Kau.
Cuma satu aku nak cakap.

Terima kasih.

Sebab kau,
Aku takkan tertipu dengan kau semula.

not impressing anyone // grammar mistakes, etc ?
Posts created 27

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top