Wa-kill Rakyat

Niat tidak menghalalkan cara
Bangsa tidak menghalalkan bangsat
Ramai bersembunyi dibalik nasab
Konon merekalah pejuang nasib

Mereka bukan pejuang nasib
Mereka peju-wang nasib
Setiap yang diperjuangkan adalah peluang
Setiap yang diperju-wang-kan adalah pelu-wang

Posts created 8

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top