Tuhan, kenapa Engkau ciptakan aku?

14 tahun hidup atas dunia, aku pernah tanya Tuhan, kenapa Dia cipta aku. Aku pernah marah pada Tuhan, hidup aku waktu tu penuh liku. Emosi aku tidak stabil. Aku pernah rasa Tuhan marah aku. Tuhan benci aku.

Walaupun aku ambil gunting dan cederakan diri, tumbuk dinding di kanan dan kiri, aku masih teruskan hidup, berbekalkan kudrat yang Tuhan kasi.

Aku pernah baca, Tuhan itu sepertimana tanggapan aku pada-Nya. Mungkin betul. Waktu aku 17 tahun, aku rapatkan diri dengan Ilahi, dan aku minta pada Dia di siang dan malam hari, agar berikan aku kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal aku lalui.

Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, aku minta sedikit, Dia beri lebih. Aku malu.

Namun sejak beberapa tahun yang lepas, aku kembali hilang arah. Kali ini aku tidak salahkan Tuhan. Aku tau Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tapi aku benci diri sendiri.

Perasaan aku berombak, kepala aku kusut, setiap waktu memikirkan semua orang disekeliling tidak menyenangi aku. Aku benci diri sendiri. Teramat sangat.

Aku kembali mengambil gunting. Kali ini aku cakar tangan kiri. Berdarah, sakit. Aku cuma mahu mati.

Tapi aku tak salahkan Tuhan. Aku cuma sudah berputus asa dengan kehidupan aku. Aku tak marah Tuhan. Aku marah diri aku. Kenapa aku begini. Kenapa aku memuja mati.

Aku soal pada Tuhan kembali, kenapa aku wujud, kenapa Dia ciptakan aku? Bukankah lebih baik jika dari awal aku tiada. Tak ada rasa serba salah untuk tinggalkan semua.

Kini jika aku mahu bunuh diri, pasti akan ada insan yang terkesan dengan pemergian aku. Walaupun tidak ramai, tapi pasti ibu akan menyalahkan diri. Pasti ayah rasa kosong dalam jiwa dan sanubari. Pasti adik-adik menyoal kemanakah aku pergi.

Adakah silapnya pada Tuhan kerana Dia ciptakan aku? Atau silapnya aku tidak mampu membawa diri melalui hidup penuh onak dan duri?

Hidup aku tak sesusah orang di tepi jalanan. Tidak sesusah orang yang tinggal di perkampungan. Tidak sesusah orang yang tidak punya harta, ilmu, dan teman.

Hidup aku serabut hanya kerana aku musuh utama diri. Selalu menghukum diri yang padahal tidak bersalah. Selalu berfikir secara berlebih. Selalu memikirkan masa lampau terlalu lama. Dan terlalu risau akan masa depan yang entah terang atau gelap gelita.

Aku benci diri aku. Aku punca utama kesakitan jiwa dan raga aku. Jika aku bunuh diri, bukankah aku membunuh pembunuh yang menyeksa diri aku? Adakah aku wira sejati atau manusia gila yang hakiki?

Penat bertepuk tampar dengan diri sendiri. Bila masanya untuk aku betul-betul pergi.

deceased
Posts created 9

One thought on “Tuhan, kenapa Engkau ciptakan aku?

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: