Tidak Cukup Satu.

Waktu aku menang nanti, sediakan aku dua trofi.
Satu buat kejayaanku,
yang satu lagi buat masa-masa putus asa yang telah kulalu.
Dek maki keji dalam sinismu.

Waktu aku mau pulang nanti, sediakan aku dua bagasi.
Satu buat busana harianku,
yang satu lagi buat bimbang risauku akan kejatuhan diri.
Yang selama ini cuba aku tenggelamkan dalam senyum kerutku.

Waktu aku mati nanti, sediakan aku dua ruang kubur.
Satu buat jasadku,
yang satu lagi buat semua harapan palsu mu.
Yang telah lama mati sebelum aku.

A passive aggressive.
Posts created 3

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top