The Little Chinese Girl

Yesterday I told myself that I don’t want pizza, I just want to be happy– that’s all. Jadi, saya bercadang mahu jalan-jalan di tengah kota besok (hari ini) untuk apa-apa saja tujuan asalkan saya tidak lagi murung dan kembali kepangkuan kamu. Saya juga tahu bahawa saya tidak bisa sedih dalam tempoh yang panjang kerana itu bukanlah perkara yang menyihatkan.

Kamu tahu, Tuhan telah makbulkan permintaan saya. I have been fated to meet with this little Chinese girl and her small family (mereka bukan local people). Kerana kurang fasih berbahasa Inggeris, saya jadi tidak banyak cakap. Tapi ada satu momen lucu yang saya tidak ingin sekali lupakan, anak kecil ini cuba merubah saya menjadi tiger dengan tongkat saktinya! Kami ketawa dan terus ketawa dengan telatahnya. This little Chinese girl– she really made my day.

Dan ada satu lagi berita gembira, anak kecil ini adalah budak perempuan kedua selepas Anna (saya bertemu Anna ketika di dalam train sewaktu saya dan Linda dalam perjalanan mahu ke KL Sentral) yang berjaya memujuk saya untuk punya anak perempuan sendiri kerana jika diikutkan saya tidak gemar dengan anak kecil.

Disember 2017 – Seira Sky //

Penulis

xsskyv
love letters & broken promises

Leave a Reply