Tapau

“Meer, tapaukan aku sekali ye?!”

Yup, itulah aku, semua yang aku mahu biasanya ditapaukan. Kadang teman aku juga hairan tapi aku malas untuk terangkan. Lama kelamaan mereka tidak lagi bertanya dan aku diamkan sahaja. Orang sudah tutup cerita buat apa difikirkan lagi…

 

Selepas beberapa lama melakukan aktiviti tapau ini, aku semakin kurang bersosial.Memang pada asalnya itu niat aku. Aku tapau kerana malas keluar bilik. Aku tapau kerana malas bertemu homo sapiens yang lain. Aku tapau kerana keciwa apabila ada insan2 yg bertuah diberi segala nikmat memandang serong pada aku. Dilahirkan tidak sempurna bukan salah aku, bukan juga salah orang tuaku. Tetapi dunia dan rakyatnya mengutuk aku. Tidak sekadar itu, mereka menghentam aku, menyumpah seranah aku dan mengatakan bahawa dunia ini lebih baik tanpa insan sepertiku. Sejak itu aku mengasingkan diri. Dan tapau menjadi rutinku.

 

Namun, jauh disudut hatiku, aku mahu berkawan, berseronok, dan meluangkan masa bersama. Menyahut cabaran di Escape Room, menguji diri di District21 dan mencuci mata di Sunway Pyramid. Mencari pengalaman. Memenuhi usia muda dengan keremajaan. Jujur andai keseronokkan dan pengalaman itu boleh ditapau, aku orang pertama yang melakukan.

 

Jadi, wahai marhaen di luar sana, janganlah dihina, dikutuk, dicaci orang seperti aku supaya tiada lagi jumlah penambahan sebagai mat tapau. Kerana menjadi mat tapau bukanlah sesuatu yang indah.

 

Ikhlas,

MAT TAPAU.

Posts created 6

One thought on “Tapau

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: