Tangis Malam

Malam ni aku menangis lagi,
Macam malam malam yang sebelum ini,
Fikiran aku asyik pada kisah cinta yang masih belum pasti,
Dulu aku fikir bodohlah mereka yang menangis kerana cinta,
Ternyata bodohlah aku kerana tak percaya yang memang cinta itu boleh buat kau menangis usai ketawa.
Sudahlah. Apa belum cukup puas kau seksa jiwa sendiri?
Apa belum cukup mati?
Sudahlah. Lepaskan saja kesian pada hati.
Bukannya aku tak pernah bilang itu pada diri, setiap hari setiap masa.
Yang susah itu kan bila kau mahu tapi tak pernah bisa.

Penulis

evilestangel
I write craps

Leave a Reply