Surat =1

Ke hadapan Malik dan Kuntum, Aku Azazil. Namun, jangan takut. Kami hanya berkongsi nama yang sama. Aku bukanlah seekor syaitan, tapi hanya seorang manusia‚Ķ yang sedikit luar biasa. Kalau mahu bercerita tentang asal usul namaku, mungkin panjangnya akan jadi beberapa muka surat. Jadi kita tinggalkan cerita itu di lain hari. Tujuan aku menghantar surat ini […]

Surat #6

Ke hadapan Kuntum, Terima kasih itu adalah untuk kau, kerana aku yang telah diselamatkan. Aku harap semuanya baik saja. Jujur, aku dan Orkid sudah cuak apabila hampir seminggu tiada balasan langsung dari kau. Kami sudah terbayang-bayang andai ada perkara buruk yang terjadi kepada kau. Atau mungkin buku itu telah hilang hikmatnya. Syukur Kuntum semuanya selamat […]

Surat $4

Terima kasih Malik, terima kasih. Sungguh, aku tak tahu nak bagaimana nak membalas jasa kau. Keluarga aku sudah berada di Pulau Pinang selama seminggu. Semua ini kerana surat kau yang sebelumnya. Atas amaran kau, aku dapat yakinkan Wali untuk ikut ke dewan serbaguna malam itu, kononnya aku ingin pergi rumah Salwa yang berada di sebelahnya. […]

Surat #5

Ke hadapan Kuntum, Ada perkara merapu yang aku perlu beritahu kepada kau. Aku dan kau datang dari dua ruang waktu yang berbeza. Selama ini kita telah berutus surat, melalui sebuah buku, dan surat-surat itu telah merentasi ruang dan masa. Okay, bila aku baca balik memang aku tak jangka yang aku akan tulis benda macam ini. […]

Surat $3

Ke hadapan, Malik. Kalau kau sedang membaca surat ini, maknanya aku sudah pergi meninggalkan dunia. Pergi dalam kata erti, aku telah mati. Ya, mati. Aku mengambil keputusan untuk menulis surat ini setelah cucu aku, Orkid berjaya menemukan kau. Hanya dia yang mempercayai cerita tentang kita berbalas surat melalui buku Nur A. lalu aku sampaikan amanat […]

Surat $2

Tuhan sayang kau, Malik. Hanya itu asbabnya. Aku tak salahkan kau lansung kerana marah dengan Tuhan. Mana-mana manusia yang biasa pasti akan merasakan yang sama. Mustahil kau dapat melalui semua kepayahan ini dengan hati yang senang. Kau bukannya malaikat. Kau hanya seorang manusia. Kau dibenarkan untuk merasai semua itu kerana kau punya hati. Pin 0

Surat #4

Untuk Kuntum, Aku tak pasti macam mana nak hadam semua ini. Macam terlalu merapu. Kau dapat surat-surat aku melalui buku Nur. A? Biar betul. Celah mana surat-surat aku sampai kepada kau. Ia hanya sebuah buku, bukannya peti surat. Kalau ya pun, tak logik Kuntum, tak logik. Pin 0

Surat $1

Ke hadapan, Malik. Pertama sekali, aku bukan Azazil. Jadi jangan risau. Nama aku Kuntum. Aku tak tahu macam mana surat-surat kau boleh sampai dekat aku. Tidak, bukannya aku pecah masuk ke dalam rumah kau dan mencuri surat-surat itu. Aku tak tahu pun kau tinggal di mana. Apa yang aku tahu, surat surat kau datang dari […]

Surat #3

Kau tahu Azazil? Memang satu perkara bodoh untuk aku tuju surat ini kepada kau. Surat kepada Azazil? Kah! Apa yang aku ingat boleh jadi? Kau akan membalas surat ini dan Abah sembuh? Dengan tiba-tibanya semua benda kembali seperti asal semula sewaktu kau bahagia? Simpan angan-angan itu. Lebih baik kau berdoa kepada Tuhan. Surat-surat ini hanya […]

Surat #2

Buat kesekian kali Azazil, Aku kembali. Selepas membaca surat itu kembali, mungkin ada beberapa perkara yang aku perlu betulkan. Walaupun aku tamatkan dengan mendakwa aku akan membunuh Abah, sebenarnya aku masih sayang dia. Pin 0

Surat #1

Ke hadapan Azazil, Buat pertama kali, aku nukilkan surat ini untuk kau, pendosa pertama di dalam sejarah. Mungkin setelah diamati surat ini, kau akan fahami mengapa aku memilih kau sebagai rakan penaku. Hanya seorang pendosa akan memahami seorang pendosa. Pin 1

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top