syadid.

manusia itu menuju tuhan dengan cinta,
dengan ketakutan,
dengan pengharapan.

hingga pada suatu masa,
terlalu sakan roh berjuang menjulang iman,
lalu mereka syadid,
dalam anggapan bahawa mereka sesuci mujaddid,
lantang memberati taqlid.

manusia itu lalu lemas,
melampau mencari tuhan,
segenap persoalan menyesak fikir,
dalam ngeri obscura,
lantas buta meski sedang terang.

andai sahaja manusia tahu,
tuhan itu bukan semata untuk dicari,
malah untuk dicintai, dikenali–
diakui.

kalau sahaja manusia berakal,
tuhan itu tidak melihat pada soal,
tapi pada jiwa yang kental;
menuju hari yang kekal.

kerana akhirnya manusia itu berjumpa tuhan dengan cinta,
ketakutan,
dan segenap pengharapan.

Posts created 7

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top