surat terakhir

aku jarang, bertulis dalam fluent malay.
tapi, orang kata, kata-kata akan lebih tersusun indah dalam bahasa sendiri. tak semua, tapi ada.
maka, aku cuba.
dan ini, surat terakhir untuk kau sebelum aku kena betul betul tabahkan hati.

kita tak lama. sekejap, betul.
tapi dalam tempoh sekejap tu kita berjauhan.
kau dengan aku, sejam perjalanan.
lepastu aku pindah sekolah.
4 jam berjauhan.
aku bukan orang senang, ayah pun strict jadi yes, even sebelum pindah, dah dekat sejam tu terasa sangat jauh.
tapi kita dua cuba.
disebabkan kita selalu berjauhan itulah yang membuatkan aku sayang sangat dengan kau.
sebab setiap kali kalau dapat jumpa tu aku akan hargai sangat sangat.
even kalau aku termenung sebab aku kuat termenung tapi aku hargai sangat.

aku jatuh hati kat kau. bukan sebab rupa, bukan sebab harta,
tapi sebab hati kau yang sangat baik,
sebab kau ada untuk aku,
sebab kau cuba sedaya upaya hilangkan semua kesedihan yang aku semaikan dalam hati aku sebelum kau menyusul datang.
lepastu aku sayang kau.
dalam doa aku, aku doakan untuk kau dan aku.
kebaikan untuk kau dan aku.
kebahagiaan.
dan kadang kadang, kerestuanNya.
untuk suatu hari satukan aku, dengan kau.

tapi suatu hari, yall know how it goes.
you decided to let it go because you weren’t ready and i respected that decision.

walaupun aku dalam keraguan. kenapa.
then, aku nampak kau menabur minat dekat orang lain.
sedih.
betul, aku sedih.
sebab aku masih lagi berdoa untuk harapan.

hati aku jadi kosong. macam ada lopong.
yang aku tak tahu nak isi dengan apa.
jadi aku isi dengan kesakitan.
hari hari, extra belajar. training. belajar. training
aku jadi lupa.
sekejap jela.
aku termenung jauh lagi teruk dari biasa.
aku menangis.
lepastu aku ajar diri aku untuk jadi redha.

aku sedar, mungkin aku tak cukup baik.
dan aku tak setanding kau.
dan mungkin, orang kata, “function gila”
tak.
aku tak mampu nak ajar kau.
banyak benda yang kau lost tapi aku tak dapat nak tolong.
then kau jumpa orang yang boleh, mungkin.
tapi tak apa.
betul tak apa.
sebab kita kawan je sekarang,
dan setiap benda yang kau buat,
apa sahaja,
aku nak kau buat benda tu sebab kau bahagia.
dan kalau Dia kurniakan kebahagiaan untuk kau dengan orang lain,
aku bersyukur kau mendapat nikmat kebahagiaan itu.

kebahagiaan, datang dalam banyak cara.
dan salah satu yang perit, tapi menyenangkan hati aku is to know you’re happy.
walaupun kebahagiaan itu dah tidak lagi melibatkan aku.

aku harap, malam ini, start aku tulis surat ni tepat 3pagi, adalah malam terakhir aku menangis untuk kau dari aspek kedukaan.

aku sayang kau, betul aku sayang.
susah nak cari baru, bila dengan kau lah yang membuat aku bangkit dari apa yang aku buat sekarang.
walaupun kau pernah, sakiti aku.
aku ingat balik semua kebaikan yang kau pernah curahkan.
so yes, sampai sekarang aku sayang kau, even as kawan.

‪aku mungkin dah tak doa untuk kau dan aku.
tapi aku akan doa untuk kau,
kebahagiaan kau dunia dan akhirat sebab kau berhak yang terbaik.
dan aku sayang kau atas cinta yang aku sendiri kagum.
sebab nama kau aku petik dalam doa aku,
nama kau jugaklah bila aku petikkan air mata aku mengalir.
kata orang. “cinta takkan mati, itulah gunanya memori.”
tapi sayu, kalau memori itu,
dah tiada lagi harapan yang baru.

sendu bila teringat, jadi rindu.
aku harap, kita berdua menang nanti.
dunia dan akhirat.

Penulis

batrisyiaazuar
had a heart lined with cracks but i chose art to fill it.

Leave a Reply