Surat cinta: Satu

Ke hadapan rajahati saya,

Saya menulis surat ini kerana nama awak masih segar dalam hati dan fikiran saya. Walaupun pertemuan kita ditakdirkan bukan untuk selamanya, tapi saya gembira. Senyuman awak sentiasa buat saya jatuh cinta lagi dan lagi. Awak ketawa tapi saya yang meloncat gembira. Awak sakit tapi saya yang derita. Awak hilang tapi saya yang hilang arah.

Waktu-waktu kita bersama berdua, bercerita hal dunia, berkongsi sakit hati lawak jenaka di tempat kerja; jemari saya awak genggam kemas, tak mahu lepas. Waktu-waktu kita menempuh segala macam halangan untuk sekadar melepas rindu di kalbu, mata kita hanya nampak kita. Pandangan saya dibutai oleh tawa ceria awak.

Ton suara awak saya simpan dalam memori hati. Slang bahasa awak saya ingat sampai mati.

Awak hanya satu orang. Tiada dapat saya cari ganti. Awak hanya satu orang. Tak mampu saya cari ganti.

 

Cinta,

Surihati

 

 

Posts created 4

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top