Surat =1

Ke hadapan Malik dan Kuntum,

Aku Azazil.

Namun, jangan takut. Kami hanya berkongsi nama yang sama. Aku bukanlah seekor syaitan, tapi hanya seorang manusia… yang sedikit luar biasa. Kalau mahu bercerita tentang asal usul namaku, mungkin panjangnya akan jadi beberapa muka surat. Jadi kita tinggalkan cerita itu di lain hari. Tujuan aku menghantar surat ini satu: untuk memberi peluang kepada kamu berdua untuk akhirnya bertemu.

Apa harganya?

Jangan risau, aku tidak perlukan wang atau jiwa kamu. Aku hanya perlukan masa. Ya, apa yang aku mahukan dari kalian adalah masa. Betapa manusia lupa yang masa adalah harta paling bernilai di dunia ini. Masa yang terhenti bererti engkau mati. Aku perlukan kamu berdua untuk membantu aku. Jangan risau seperti buku Nur A. yang kamu sedang pegang sekarang, kedai kopi aku berada di luar ruang dan masa. Kalau engkau terima tawaran aku, datang ke Jalan Chowrasta. Cari sebuah kedai yang bernama Thyme Café. Masuk dan pesan sejambak bunga kekwa putih. Kalau pelayan itu menyoal untuk siapa bunga itu, katakan untuk Azazil. Lalu dia akan bukakan pintu belakang untuk kamu. Di situ, aku akan menunggu.

Terletak pada kamu untuk terima tawaran aku atau tidak. Tapi kamu tahu apa yang kamu mahukan, bukan? Tak perlu berfikir banyak. Masa semakin suntuk, jangan jadi mereka yang terlentok.

Jumpa kamu di sana.

Sekian,
Azazil.

Posts created 11

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top