Study-Days

Mahu lebih kata tak cukup masa

Mahu belajar buku entah di mana

Mahu ulangkaji jiwa entah ke mana

Masa yang ada belajarnya entah bila.

 

Buka buku buka jiwa buka fikiran

Muzik di telinga didengarkan

Buku dibuka tapi diketepikan

Mata hanyut dalam lamunan

Fikiran hanyut dalam khayalan

Hilang dan terus hilang tak tinggal pesan.

 

Persiapan tinggal satu hari

Peperiksaan bermula sekejap lagi

Dan aku masih kosong tidak mengerti

Padah yang hanya menanti mati.

A miles journey begins with a single step.
Posts created 1

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top