Si Tukang Ukir

Si tukang ukir gemar mengukir

Ukirannya cantik, seninya halus

Sedap mata yang memandang

Berkat diukir dengan keikhlasan

 

Kerana gemar bersedekah

Dia memberi ukirannya tanpa harga

Kepada semua orang

Tiada seorang pun terkecuali

Ada yang menerima

Namun ramai yang menghina

Mereka bilang ukirannya buruk

Mereka bilang ukirannya dicuri

Daripada tukang ukir yang lain

 

Kerana ramai yang menolak ukirannya

Dia membina satu ruang kosong

Terletak jauh di tempat yang gelap

Untuk menyimpan segala keringat

Ada masanya dia akan mendatangi ruang itu

Ruang yang dibencinya

Mengenang kembali manusia berhati busuk

Membuang dirinya dan menghina ukirannya

 

Si tukang ukir masih lagi mengukir

Namun kerjanya tidak secantik dahulu

Seninya pudar dan hilang

Kerana dia sudah malas

Untuk mengukir senyuman

Posts created 16

3 thoughts on “Si Tukang Ukir

  1. tulisan yg ditulis menggunakan hati pasti akan sampai kepada hati si pembaca. Good job, Aiman Said👍👍

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: