Si Pelukis Emosi

Aku si pelukis

Yang membawa berus lukisan yang tercalit kesan hitam

Aku berlegar legar di sekitar taman

Cuba mencari kanvas baru

Tika itu

Tuhan hadirkan kau dalam rupa kanvas suci

Masih belum tercalit emosi dan suci

Dan aku melakar pohon rimbun pada kanvas sucimu

aku hidupkan rama rama serta hidupan di sekitar pohon rimbun melalui warna cinta

Melalui berus lukisan di tangan aku

Dengan ini, emosi hadir melalui lukisan aku

Dan kau akhirnya merasakan kesan dakwat hitam

Kesan ingin memiliki dan iri hati

Apabila ruang keseronokan tiada lagi untuk aku membuat lakaran

Dan kanvas semakin rosak

Aku gumpalkan seperti bebola salji

Dan buang jauh ke dasar lautan

Hanya untuk kembali merantau

Mencari kanvas baru

Setelah meninggalkan kanvas lama

 

 

Posts created 1

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top