setahun kemudian, dan aku masih bernafas

“apa khabar?”

“sihat?”

physically? mungkin, mentally? pernah ke sihat? entah

setahun kemudian dan jantung aku masih berdegup, masih mengepam darah ke seluruh urat saraf, masih bernyawa, masih hidup, masih terseksa

apa khabar semua? harapnya baik-baik saja, kalau tidak pun, harapnya tidak terlalu berduka

aku buka laman ini, dan baca coretan hati, sayu terkenang saat aku dirasuk duka, walaupun masih berada di tempat sama

satu benda baru, aku semakin berani berkongsi, semakin berani bercerita, soal kekusutan jiwa raga

hari isnin, aku dapatkan bantuan dari unit kaunseling universiti, mingu depan aku ada temu janji dengan doktor, doakan aku

apa yang aku lalui sepanjang tempoh 4 tahun yang lalu? aku tak pasti sama ada kesakitan yang aku rasa hanya dibuat-buat atau sebaliknya, adakah aku benar-benar gila?

tahun ini, aku masih mencederakan diri, cumanya saban hari makin kurang frekuensi

kali ini, aku benar-benar mahu pulih, sudah penat asyik bersedih, walaupun aku masih sangsi, walaupun aku masih mahu mati

deceased
Posts created 10

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top