Sepotong Pagi Daripadaku

Pada suatu pagi yang hening, udara panas sudah mula menerpakan bayangnya ke mukaku. Aku lantas bangkit daripada tidurku yang agak kurang lena.

Kebiasaannya, aku akan terus membasahkan badanku supaya nyaman air paip itu membangkitkan semangatku untuk hari itu.

Bagiku, pagi adalah sebahagian daripada keseluruhan hari yang perlu kita hargai. Tidak perlu untuk kita terkejar-kejar. Pagi adalah waktu tenang yang akan menendang emosi kita untuk keseluruhan hari sama ada baik atau sebaliknya.

Tidak kisahlah secawan teh, secangkir kopi atau segelas air kosong pun, itu adalah definisi pagi yang bahagia kerana ada rezeki waktu untuk kita nikmati semua itu.

Posts created 8

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top