seperti paku

1//

aku tidak pernah berjanji tapi satu,

satu dekad yang lalu di atas puncak tak bernama tapi dua,

dua nama – kau dan aku terukir tak bertanda hanya mungkin,

puitis suaramu mengalunkan pujangga khalil gibran,

disiulkan burung-burung yang malu,

bersaksikan para hidup,

katamu,

berjanji itu seperti menelan paku,

kataku,

hatiku sudah terlanjur berjanji pada Tuhan,

lalu kau menangis untukku,

katamu lagi berturut tiga,

kau telah menelan paku. kau telah menelan paku. kau telah menelan paku.

kasih maafkan aku,

perkataanku habis melafaz janji,

benar katamu,

aku telah menelan paku,

tapi adakah kau tahu,

janjiku masih aku pegang.

2//

masihkah kau ingat,

pada telefon usang di puncak,

kataku dulu,

setiap hujan turun akan ku hubungi rumahmu,

satu dekad lalu itu juga janjiku,

janji yang sama yang aku pegang,

sekarang hanya ingatan yang bertanda dan percayalah,

hujan juga mengingati nombormu,

maka ketika hujan jatuh,

angkat lah panggilan darinya,

kerana paku yang ku telan tergantung di langit.

good girl stays at home kindaaa
Posts created 2

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top