Sekadar luahan hati

Kadang-kadang, aku rasa diri aku ni selalu dikhianati walaupun dengan sahabat sendiri yang aku amat sayangi. Aku sayang kau sebab aku kenal kau dah lama, lagi lama daripada kawan-kawan yang lain.

Kadang-kadang, aku tak makan sebab aku tunggu kau nak makan sekali. Eh, tengok-tengok kau dah pergi makan dengan orang lain. Padahal sehari sebelum tu kita dah janji nak makan sekali.

Bila kau tanya aku soalan, aku cuba carikan jawapan dan fahamkan sepenuhnya supaya penerangan aku boleh buat kau faham mengenai soalan tu. Tapi, bluetick je yang aku terima. Terima kasih? Jarang sekali.

Bila aku pula tanya kau soalan, mungkin esok baru kau baca mesej aku sedangkan pegang telefon 24 jam.

Kita manusia, ada orang yang kita cinta. Sama seperti aku. Tapi, bila aku nak cerita tentang kebahagiaan aku, kau cemuh dan tukar topik lain. Katanya, malas nak dengar. Aku cuma nak bercerita, nak berkongsi. Salah aku mungkin, aku tak tahu.

Kadang-kadang aku kecewa, aku rasa tak dihargai langsung. Aku sedih sangat tapi tak akan lah aku nak kasi tahu kau yang aku sedih. Aku tak tahu la apa yang buat aku anggap kau sebagai kawan atau sahabat yang aku sayang.

Mungkin, kalau ada apa apa, kau akan cari aku. Sebab dalam dunia ni tak ada orang lain yang cari aku selain kau. Mungkin sebab itulah, aku sayang kau sebab aku rasa ada juga orang cari aku kalau ada apa apa. Cuma itu lah, bila aku cari kau, kau lari. Aku rasa tak dihargai, kecewa, sedih, dikhianati.

Mungkin salah aku juga, emosi senipis kulit bawang. Sikit-sikit nak sedih. Tapi tak apalah, saja nak tulis aku penat pendam sendiri. Ya, sekadar luahan hati 🙂

halo :)
Posts created 4

2 thoughts on “Sekadar luahan hati

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: