Sampah yang Disimpan

Dia berjalan bersama sampah yang disimpan
Hanya kerana banyaknya kenangan
Tidak dipeduli bau yang ia sebarkan
Dan keresahan yang ia sebabkan

Sudah namapun sampah
Tidak adalah kebaikan yang mampu ditawar
Hanyalah beban yang dia ingin usung
Tanpa paksaan malah satu keinginan
Biarpun dipersoal teman-teman
Hatinya tidak ingin melepaskan

Akan ku lupuskan sampah itu dari kamu
Biarpun berlawan dengan kemahuanmu
Sesungguhnya kamu juga tahu tiada kebaikan pada sampah itu
Kamu lebih tahu
Aku juga tidak mahu
Menyakiti kamu

Posts created 11

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top