Rumah Ini Rumah Saya

AzzairiRosle*

Rumah ini rumah saya,
Awak datang sebagai tetamu,
Jemputlah duduk dan buat macam rumah sendiri,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Duduklah selama mana yang awak mahu,
Kalau panjang umur biarlah sampai ke cucu cicit pun tak mengapa,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Buatlah apa sahaja yang awak nak,
Tambah dan hiaslah secantik-cantiknya,
Belilah perabot untuk awak selesa,
Belilah permaidani untuk rumah ini nampak cantik,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Saya tahu awak pun bayar bil api dan bil air,
Kalau rumah ada rosak pun awak ada bayar jugak,
Sebab awak pun duduk kat rumah ini,
Tapi ingat,
Rumah in rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Ajaklah kawan-kawan awak lepak sekali,
Buatlah jamuan besar ataupun berparti,
Gunalah alamat rumah ni sebagai alamat awak,
Tapi ingat,
Rumah ini rumah saya.

Rumah ini rumah saya,
Saya bagi awak segala-galanya,
Saya bagi awak buat apa sahaja,
Kecuali satu, geran rumah.
Sebab apa?
Rumah ini rumah saya.

Jadi begitulah,
Kita duduk sebumbung,
Tapi rumah ini TETAP dan MASIH rumah saya.

*Azzairi Rosle was a part of the winning team of the 2012 Malaysia Royal Debate, arguably the biggest debate competition in Malaysia

He spends waaaaaaaaay too much time on this, but he finds joy in nothing else. Go easy on him.
Posts created 731

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top