Rindu

Rindu itu selalu ada buat kamu ia kadangkala lenyap tapi tidak selamanya, hanya buat seketika. Rindu aku kepadamu itu panjang dan tidak berlagu. Hanya tangisan dan kedukaan yang menemani rinduku ini. Rindu aku kepada mu itu luas ianya selalu marah akibat kejauhan jarak yang ada di antara kita berdua. Rindu aku kepadamu itu seakan amuk sebuah kumpulan yang mengaharapkan datang nya damai dari seseorang yang bernama kamu. Rindu aku kepadamu itu hiba kerana tahu ada nya jurang di antara kita dan batas yang tidak boleh dirobohkan melainkan dengan bantuan sang masa. Rindu aku kepadamu itu adalah bait-bait kiriman doa yang kupanjat pada yang esa supaya kamu senantiasa bahagia dan sihat sejahtera. Rindu aku kepadamu itu merupakan satu kata yang sunnguh dalam dan penuh luka dek kerana aku yang ingin saja berlari menuju ke tempatmu tetapi sakit kerana dipukul badai ombak lalu aku tersadai ke tepi pantai lelah menyelubungi diriku tetapi masih, aku rindu.

Posts created 1

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top