Rasa #3 : Throwback

Chirp chirp chirp chirp ~

Kedengaran bunyi burung merpati menyambung nyambung karoake mereka. Cuaca terasa sejuk. Salji ? Tak mungkin, tak logic. Ni Malaysia kot. Selimut tebal yang membalut aku macam takda kesan langsung, terasa sejuk dia, macam seolah olah meraba badanku. Pfft.

“ Jang ooooo Jang. Hang ni nak heret mak masuk neraka ke oi ?! Dah solat subuh belum ? Jangan sampai cheq naik atas dengan rotan noh. “

Suara lantang ala ala speaker memecah kesunyian rumah kayu dua tingkat ni. Eh jap. Solat ? Ya Allah terlupa lak aku ! Dengan hanya memakai singlet dan kain pelikat usang yang tunggu masa je nak reput, aku mengangkat takbir,

Allahu Akbar…….. 

He he he he, jang ~ Kita akan jadi kawan baik tau….

Bulu romaku menegak. Siapa panggil nama aku pulak tadi ? Rasanya aku sorang dengan mak je yang tinggal kat rumah. Adik dah sebulan dah tinggalkan dunia untuk berjumpa tuhan. Bapak dah kena hukum gantung 10 tahun yang lepas sebab rogol orang, tapi aku tak caya.

Aduh.  Suara tu lagi. baik aku cepat habiskan solat nak tengok siapa, biar je lah pahala solat aku ni.

Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warah…

Aku tersentak, baru saja nak bagi salam yang terakhir, aku ternganga. Dunia nampak gelap. Eh ? Oh jangan kata aku pengsan.

****************************************************************************************************

Angin bertiup lembut, seolah olah mengajak aku tidur balik. Sedang melayan rasa ngantuk tu, aku terasa sakit yang amat sangat. Aku menoleh pandangan, bini aku berdiri tegak bagaikan nak kawad askar pagi pagi buta ni.

“ Yang ni asal ? Termenung je. Kalau yang rasa nak bagi anak tu kerja tukang sampah, tak  yah hantar dia. Oh saja nak bagitau, yang ada 15 min 51 saat untuk sampai ke sekolah dia yang jauh, 8 km dari rumah kita. Kalau yang tu pandai sangat, yang guna akal yang Allah bagi tu, cari displacement untuk jimat masa. Goodluck “ Dia mencium hidungku dan berlalu pergi.

Ya Allah. Anak aku !

Aku menyarung kain pelikat aku dan baru perasan banyak kesan melekit yang ada. “ Aduhai, ganas betul bini aku buat semalam “ keluh aku tapi tersengih sengih macam kerang busuk. Setibanya aku sampai ke kereta vios aku, anak aku sudah duduk dengan muncung macam itik. Aish geramnya tapi ni salah aku.

“ Jang, jang kenapa ni ? Dah dah, Pak minta maaf sebab baru nak hantar jang ke sekolah. Minta maaf sangat sangat, pak janji pak tak buat lagi. Habis sekolah nanti pak belikan ayam goreng berempah dengan milkshake oreo okay ? “ Aku memujuk anak aku supaya dia ceria kembali. Tak manis la orang tengok anak aku sedih muram semua bila kat sekolah nanti.

“ Hmm ya lah. Dah jom pak, nanti lambat kena denda dengan cikgu fadhilawei. “

Senyuman terukir, hati pun senang. Sedang aku memandu, gerak hati aku terasa lain. Lampu merah jalan raya disambut oleh hujanan orang ramai dengan lafaz maki hamun di pagi hari, seolah olah ada persembahan. Biasalah pagi pagi, manusia yang lambat bangun pagi, nak punch kad kerja, temu janji dengan doktor dan seantara dengannya.

Mataku tertumpu ke arah kedai makan kak sah. Bukan sebab aku lapar, bukan. ‘ Si Dia’ berjalan laju dan melompat terus ke dalam semak dan hilang dari pandangan mata kasar.

Patutlah aku rasa tak sedap hati. Mungkin cari makan kot. Takpalah.

Anak aku sedang melayan perasaan mendengar lagu dari iphonenya. Tepat pada masa yang diberi oleh biniku, aku sampai ke kawasan parking Sekolah Sultan Muhammad Jiwa. “ Haih, rindunya sekolah ni. “ Bisik hati kecilku.

****************************************************************************************************

Aku ? Mirul Syafiq. Member batch aku semua panggil aku moen.  Anak aku masuk sama sekolah dengan ku, hari ni pulak pendaftaran untuk tahun akhirnya. Sebagai seorang ayah, aku bangga la jugak anak aku ikut sekali hehe.

Masa penghujung tahun sekolah dulu, aku ada ikut kawan aku, fahilawei, kimi nayan dengan paler pergi kat ceruk hutan, katanya nak tangkap ikan,

“ Oi moen, nak pergi mana tu ? “ jerit fadhilawei sampai berurat lehernya sebab jerit dari jauh. Kimi tengah pasang khemah untuk bermalam dalam hutan.

“ Aku gatal gatal ni, nyamuk banyak la weh. Hampa berdua ni pun satu, aku ingatkan nak tangkap ikan je, rupanya nak tidur ! Bagi aku 10 minit, aku nak mandi sat, nanti aku mai balik okay “

Fadhilawei mengambil ikan haruan yang baru ditangkap untuk dibuat ikan bakar. Kimi membentangkan sejadah untuk menuaikan solat yang sudah masuk.

Sambil menggaru leher yang sudah merah digigit nyamuk, aku ternampak sungai. Tapi peliknya, sungai tu kecik seolah olah kolam tapi dekelilingi dengan bunga bunga yang cantik.

Ni sedap ni kalau berendam ni hehe, badan gatal sangat ni ish !

Aku membuka baju dengan seluar aku. Tak kisah la bogel ke tak, yang penting takda orang kat kawasan ni. Aku terjun ke dalam air, ya Allah selesanyaa.Aku menutup mata aku dan menyanyi,

Hari ku yang pergi hilang ku mencari,
gelora cinta kau bawa tiada kembali,
dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku ~

Sedang aku menyanyi, aku terdengar bunyi dahan pokok dipijak. Mataku terbukak dan alangkah terkejutnya depan aku seorang perempuan yang pakai kain batik je. Kulitnya seputih salji dan matanya berwarna biru laut dan rambutnya perang.

Aku terdiam dan baru teringat yang kawsan yang aku mandi ni tempat ‘penunggu’. ‘Si dia’ membuka kain batiknya dan terpampang badannya tanpa seurat benang.

ya Allah, rezeki apa ni ?

‘Si dia’ masuk ke dalam kolam dan terus perlahan lahan ke arah aku.

“ Awak, ni tempat saya ni. Kenapa awak masuk ya ? “ Bibir merahnya membuat aku terpesona dan aku hanya mampu bercakap tanpa gerak langsung,

“ Erk, maaf. Saya ingatkan tempat ni takda sesiapa punya. maa.. maafkan saya ! saya janji saya akan buat apa apa. “

“ Baiklah. Saya  nak setiap minggu saya dibagi 10 ekor ayam hitam kampung dan awak kena layan saya sebaik baiknya hehhee, tapi sebelum tu biar saya bagi hadiah “ ‘ Si dia’ merapatkan tubuhnya dengan aku dan satu ciuman diberi kepadaku dan aku jatuh ke dalam layanannya.

“ Moen, oi.. moen bangun la weh ! Kau ni gila apa bogel tengah tengah hutan ni. Puas aku satu malam dengan kimi cari kau. Apa jadi kat kau ni ? Sesat ? “ kerisauan fadhilawei kalau boleh diukur dengan statistic grade markah, memang tahap 4 flat, mengalahkan budak budak perempuan yang feminin  feminin tu haha.

“ Takda ah, aku masa aku berendam semalam aku terjatuh dan terhentak kat batu, sebab tu pengsan. Aku minta maaf la noh. Dah jom balik, esok nak sekolah dah “

Ah.. ah.. kuat lagi bang !

*************************************************************************************************

Aku berjalan dengan anak aku ke arah dewan melor, untuk pendaftaran katanya. Aku masuk ke dewan dalam keadaan gembira tetapi langit tak selalu cerah. Semua orang yang ada dalam dewan bertopengkan muka bengis. “ Awat hampa semua tengok aku macam nak makan je ? ” Sedikit terjerit ke arah mereka semua.

” Kau tu bangsat, kau semalam ada rogol anak aku ke ? “ Herdik bal, member Taman aku. Aku melihat anak bal, ras fitalah menangis teresak esak memeluk ayahnya.

Tangan anak aku ditarik ke arah budak budak lain dengan secara paksa, ” oi korang nak buat apa ni ? Bagi aku duduk dengan Pak aku la ! “

Suasana bertukar. Dari tenang ke huru hara,

 Awak awak.. saya dah cakap dah.. Siapa suruh awak layan lebih isteri awak daripada saya.. ni dia hadiah terakhir saya untuk awak. Seronok saya main dengan anak kawan awak hehe… 

Bangsat. Aku terperangkap dengan ‘si dia’. Beberapa orang berbadan tegap memegang aku dengan kuat sehingga aku berasa sakit. ” Ni balasan untuk kau sebab rogol anak aku. Jumpa kat neraka nanti hahaha “

Bal seolah olah takda rasa ihsan langsung. Tetiba aku terpandang atas badannya ‘si dia ’ tengah rasuk bal. Aku dibawa ke tingkat dua dewan. Rasa menyesal mula merayap ke seluruh badan. Anak aku sudah menangis nangis untuk tengok ayah dia sendiri dibunuh. Leher aku diikat dan disuruh berada di atas kerusi yang tinggi.

Belum sempat aku nak ambik nafas, aku ditolak kuat oleh.. Sial. ‘Si dia’ ?! Leher terjerut hingga memutuskan roh dari badan.

Semua orang berpeluk pelukan kerana dah hapuskan ‘penjenayah’ tanpa soal siasat. Penduduk taman gurun memang terkenal dengan perangai sopan tapi  bodoh hakikatnya. Habis sahaja ‘aktiviti pendaftaran ’, semua orang meninggalkan anak Moen teresak esak sampai mata lebam.

” Awak.. dah dah la tu. Saya minta maaf bapak saya buat macam tu kat ayah awak. Saya minta untuk tangkap dengan polis tapi bapak saya tetiba berubah hari ni “

Aku menoleh kebelakang. Jantung aku terhenti. Ras duduk didepan aku sambil senyum ke arah aku. ” Ras.. jangan dekati saya. Saya anak perogol.. “ aku berasa sedih kerana terasa yang maruah aku hilang.

Ras memegang tangan aku dan mengelap mataku yang berair, ” Lupakan. Saya akan tolong awak dan hilangkan title buruk awak tu. Saya sayang awak jang, okay ? “

Pipi tembamnya merah , blushing rasanya. Aku mengukir senyuman dan beredar dengan ras untuk balik.

Sepasang mata berliar menatap dari jauh. Penyakit hati seolah olah memakan jiwanya.

Pelaq betul. Ras tu aku punya. Berani kau kacau jang. Kau tunggu !

***************************************************************************************************

Nama diberi Ras fitalah. Anak tunggal Dato’ Bal dan Datin seri Syaza. Aku ni semua benda ada tapi aku takda boyfriend. Bukan aku tak nak.. Mesti lah nak kot ! Tapi aku ni pemalu, aku jarang cakap dengan lelaki.

Tapi ada sorang yang dah curi perhatian aku. Nama dia syauqi dodo or orang panggil dia jang. Dia tu biasa biasa je tapi satu benda yang buat aku teringat sampai sekarang, dia pergi dukung aku masa aku cedera parah sampai ke hospital, ya Allah.. masa tu aku menangis sangat sangat kenapa dia sanggup buat macam tu,

“ Ras, kau diam. I just can’t bare to see you like this. Promise me you’ll shut up until the doctor take you for better treatment, alright ? “

Aku terus diam. Dia lah yang teman aku hampir 4 bulan aku kat hospital, just untuk buang perasaan sedih tu.

“ Mama papa, adik nak bertunang dengan jang boleh tak ? “ spontan aku kata masa tengah dinner.

Dato’ Bal tersedak masa tengah minum fresh oren. Foundation Datin terus tak menjadi terdengar kata kata puterinya.

“ Adik, betul ni ? “ seolah menduga anaknya adakah anaknya main main atau saja saja.

“ Betul, adik nak. Tunang je dulu,kahwin after dapat kerja, okay ? “

Roti bakar sapuan jem anggur disumbat dengan lahap oleh Dato’. “ Baiklah, esok jugak kita buat majlis pertunangan awak tu. Yang, awak panggil semua kawan awak datang, kita nak saksikan hari bersejarah anak kita ni.”

****************************************************************************************************

“ Kau… kau siapa ? macamana kau masuk rumah aku ? “ jerit aku bila ternampak lembaga yang menyerupai arwah pak aku.

HAHAHAHAHAHA, aku lah penunggu kolam yang BAPAK KAU masuk. Takpa, aku takkan apa apa kan kau. Janji terakhir aku dengan dia ialah jaga kau, dan aku akan tunaikan.

Aku memulakan bismillah, aku kena cuba jugak lawan syaitan laknatullah ni. Nasib baik pak ada ajar aku ilmu ilmu ni, maybe dia terpukau dengan syaitan ni dulu.

“ Bismillahirrahmanirrahim… Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang,  Kau syaitan yang direjam, jangan cuba untuk dekati aku dan seluruh keturunan aku, jangan sampai aku hapuskan kau ! “

hehe… Nak main dengan aku eh ? Kau baca bismillah pun tak lepas. JANGAN HARAP LA ENGKAU WAHAI CUCU ADAM UNTUK MENGHALANG AKU ! 

Bilik aku bergegar. Bilah kipas patah dan dengan lajunya ke arah aku. Aku menutup mata, dan dengan tangkasnya aku elak kesemuanya dan melompat ke arah lembaga tu. Dengan bantuan doa dan sedikit keberanian,

“ Allahu Akbar ! “

Lembaga besar tu menjerit jerit sehingga tiada suara didengar lagi. Aku berasa letih dan pengsan lagi.

“ Jang.. Oi bangun. Hang tau tak hang dah tidur seminggu dah noh. Badan dah susut tu. Dah jom meh makan, mak dah masak ayam masa lemak dengan ikan cencaru masak taucu. Ha.. hat ni. Ras call mak tadi, jangan lupa malam ni kamu punya majlis pertunangan ya. Pakai handsome handsome,  barulah anak mak  “ Senyuman oleh my queen of life telah buatku tersenyum kembali.

****************************************************************************************************

Tak pernah aku nampak majlis meriah macam ni. Dengan hantaran, ramai orang sebagainya.

Ras dengan outfit tempah khas dari tailor perancis, Mr. Azim terap, memukau pandangan aku. Majlis pertunangan Ras dan Jang akan berlangsung lagi 5 minit.

Jap, ni siapa ? Aku Niam. Aku benci kalau aku tak dapat apa yang aku nak. Pisau lipat disimpan rapi dalam baju melayu inspired by wak doyok aku beli tempoh hari.

“ Assalamualaikum semua, malam ni hari bersejarah untuk puteriku, Ras untuk bertunang dengan lelaki pilihannya. Moga kekal ke jannah both of you hehe. Cheers for a night full of blessing ! “

Semua tetamu menepuk tangan tanda setuju dan majlis berjalan dengan lancar.

Jang memeluk maknya.

Datin menangis kegembiraan sambil digelak oleh suaminya.

Aku berjalan perlahan lahan ke arah pasangan bertunang itu. Dengan rakusnya, aku menghunus pisau ke arah tekak Jang.

“ Woi barua, Ras tu aku punya. Kau degil ke apa ? “ Geram mengawal badan aku, aku harap dengan mengugutnya aku dapat Ras, hahaha.

“ Niam, kau sedar sikit kau kat mana ni ? Bawak mengucap bro. “ Jang dengan tenang mengawal situasi. Tetamu sudah mula tidak selesa melihat benda yang tengah berlalu. Ras pula ketakutan dan berlari ke arah maknya.

“ Aku tak taku- “

Ayatnya terhenti dengan jang menumbuk perutnya sehingga senak, dan membuat gerakan untuk pengsankan niam.

Aku meminta semua tetamu untuk bertenang dan keadaan mula reda.

“ Ras, esok jugak kita satu family pindah Australia. Kita takkan selamat kat sini. “ Ras hanya senyum dan mengangguk tanda setuju. Esoknya satu family aku dengan Ras pindah ke australia untuk membina kehidupan baru.

****************************************************************************************************

Setelah sedar dari mendapat ‘habuan’ malam semalam, aku terus naik motor untuk ke rumah Ras. Aku takkan give up kalau tak dapat dia, bisik hati kecilku.

Mulut aku ternganga. Rumah banglo setinggi tiga tingkat tu.. kosong ?

“ Dik, hang tengok apa tu ? “ tegur seoarang makcik yang lalu disebelah aku.

“ Takdalah makcik, nak tanya. Tuan rumah pergi mana eh ? Kosong je. Bukan semalam ada ke ? “tanya aku tanpa segan silu.

“ Oh dik, minta maaflah noh. Tuan rumah dah pindah…  Baiklah makcik pergi dulu, nak jual nasi lemak ni “

Aku jatuh terduduk. Sakitnya hati aku, perit rasanya. Cinta aku  punyalah suci dia balas macam ni ?

Dasar barua jang !

Posts created 3

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top