Rasa #2 : Permainan bermula

“ yang, oh yang, cantikkan flower crown ni kan ? hehe “

“ Cantik lagi si isteri kalau takda flower crown  :p “

“ Ish abang ni, pickupline since matric tak habis habis ! “

Isteriku mencubit tanganku dengan manja. Alahai, comel je.

Oi bangsat. Tersengih apa ?!

Aku terjaga daripada tidurku. Ya Allah, mimpi rupanya. Peluh membasahi tidurku. Rindu sangat kat si isteri sebab dia sudah takda di sisiku. Selalunya dia lah yang layan pickupline aku. Aku menangis malam tu dan terus tidur balik untuk lupakan semuanya. Try untuk move on, kata orang.

Ayam berkokok sudah menandakan subuh sudah masuk. Jangan terkejut guys, aku saja bela ayam sebab bagi aku, aku minat ayam dari kucing ! Pernah sekali isteriku, I mean, arwah mengidam sangat ayam belaan aku tu, sampai hampir bercerai sebab tu.

Aku tergerak hati untuk mengambil sejadah untuk solat. Okay, aku tau aku awkward untuk solat. 3 tahun yang lepas, aku sudah tinggal solat kerana culture shock dekat negara orang. Weed dan kelab malam ialah hobby aku, asalkan academic aku score, aku tak kisah la haha !

Tapi tu dulu. Semasa aku mengambil wudhu’, aku berasa hina sangat dengan tuhan, “apa yang aku dah buat ni ? “. Semasa sujud terakhir,

************************************************************************************************

10 tahun yang lepas….

“ Okay kelas, ni structure apa ? 2 – methyl….. “

satu kelas senyap. Menunggu si keldai atau sesiapa saja yang berani kamikaze untuk jawab soalan cikgu azazin, pakar kimia unit matric.

Dan… “ 3 – methylcyclopropane ! “ .

Semua orang terus diam. Dari yang berdengkur, mengunyah roti koop, dan juga main clash royale, semua mimilih untuk diam dan pandang si Niam.

Niam, atau lebih dikenali dengan shah-rukhan, budak ‘luar biasa’ yang suka menunjuk nunjuk bakat dia walaupun hakikatnya dia pernah kalah fakta dengan makcik cleaner. Niam pada mulanya seorang budak yang sangat aktif untuk mencuba jawab sebab dia perasan dan yakin dirinya boleh kalahkan orang lain tetapi nasib tak pernah simpati dengannya,

“ Okay class, can you give me an example of cnidaria ? “

macam biasa, semua senyap. Dan Niam dengan confidentnya menjawab sambil disaksikan oleh semua orang “ black widow cikgu ! “

“ kepala hotak hang ! hang ni niam belajar apa kat dorm ? budak lain tak ajar ? “

Izzat qamar sambung minum yoghurt.

Brojan buat tak ngaku kawan.

Acapon sambung ws tunang dia.

Mat alif romeo sibuk pikir pasal road trip pergi ke johor.

tayub ucop dengan selfie addictnya.

Syirah ( nickname yang dia paksa semua orang panggil ) dengan membelek makeup hasil beli outing.

Padil bal lena berdengkur.

Azim terap join tidur dengan padil bal.

Aku ? Shuib Amir. Aku memang meluat tengok si niam ni. Aku bangun dan menjerit,

“ KAU BLAH SEKARANG DARI KELAS ! DAH LA BODOH, BAJET PANDAI, KAU KELUAR SEKARANG ! “

Semua orang seolah olah dirasuk setan aku, semua menghalau si niam tu keluar dari kelas. Dia berlari ke begnya dan terus hentak pintu dan menghilangkan diri. Sejak hari tu, semua memandang tinggi kat aku. Nikmat babe, memang nikmat. Puas aku dapat keluarkan apa yang aku pendamkan. HAHAHAHA

****************************************************************************************************

Aku ? Gummy rozi. Bekas pelajar Kolej Mara Kulim, sama dengan si shuib tu. Lepas aku graduate dari Kolej, aku dibawa oleh mama papaku ke England untuk sambung belajar dalam kursus memasak. Bagai bintang jatuh ke paha, aku dapat bukak restaurant ala ala western di tengah pekan. Masa mula mula aku bukak, aku takda idea langsung untuk decorate and nak ambik pekerja siapa. Masa tu, aku tengah duduk atas sofa buatan itali yang aku beli sebanyak 300 pound dan isteri kesayangan aku datang bermanja manja dengan aku.

Haih dia ni, malam tadi penat aku layan sampai 4 round, tak puas ke ? “ bisik hatiku.

“ yang ni kenapa ? muka masam mencuka je. Baby tak suka lah. Semalam baby tak perform ke ?“

Sambil menarik hidung mancungnya “ Takdalah, baby okay je , outstanding as usual. Well actually its about my restaurant. Yang tak tau nak ambik perkeja mana untuk bekerja. Pening kepala dibuatnya noh. “

“ Apa kata ambik je kawan kawan dorm yang dulu ? Kan ada yang minat jugak benda benda ni “

Kalau aku cikgu, aku dah bagi dia 100 markah. Kalau aku aku juri macam dalam The Voice, aku pakat dengan juri lain bagi full seat. Haih betul jugak, tak terfikir aku, memang padanlah top student Univeristy of Melbourne.

Jamarina atau lebih dikenali dengan J, orangnya periang dan lebih minat kepada sukan sukan lasak, tak macam perempuan lain yang lebih cenderung untuk mengikis duit jantan ataupun pergi tayang kecantikan kat laman sosial popular, instagula.

Aku mengukir senyuman ke arah dia dan mencium dahinya, terus merah pipi tembam dia haha, thats’s adorable.

Selesai mandi dan menyumbat donut dalam perut, aku drive ke Starbucks untuk berjumpa dengan dua orang insan istimewa. Korang mesti tertanya tanya kan siapa ?

Acapon, dulu aku kenal dia as a bright student, well almost semua kenal dia macam tu. Parents dia pernah bagitau aku yang masa dia darjah dua, dia dah dapat congak integration , tersedak aku dengar. Tapi apa nak kata la kan, memang betul sebab orang dah bosan tengok muka dia je memanjang ambik award 4 flat sampai dia sedekah award tu kat budak kelas.

Mat alif romeo, jejaka kegilaan ramai gadis gadis dulu kat Kolej. Setiap hari boleh katakan dia keluar dengan perempuan lain-lain tapi alif ni satu, dia layan je sebab orang belanja. Macam gampangkan ? haha dia ni lagi satu, dia pernah debate dengan ketua unit pasal subject bio, merah muka ketua unit sebab statement dia salah. Sejak dia malu tu,dia terus letak jawatan and transfer pergi Kolej lain.

“ Acapon, alif, korang nak tak kerja kat tempat aku ?  Aku tau korang berbakat, aku offer gaji tinggi kat korang okay ? “

Acapon memandang alif. Alif ambik lighter and nyalakan rokok suria tayub. Sambil menghadam asap yang boleh menyebabkan kanser paru paru tu,

“ Okay gummy, cheq setuju. Acapon pun setuju. Kitorang bukan kisah sangat gaji tu, kitorang memang tak ada kerja pun.  So, bila boleh start boss ?hehe. “

“ Esok korang boleh start, okay ? After kerja esok, aku nak bawak pergi satu kedai makan favourite aku kat sungai pataya “

“ Alright boss, we’ve a deal “ Tangan bersentuh sama, tanda setuju antara dua pihak. Mereka tak sedar dari jauh ada yang memerhati dengan rasa geram, dendam kesumat bertahun tahun.

Game on guys, let’s play something fun tomorrow HAHAHAHA “

****************************************************************************************************

Ayam berkokok menandakan sudah pagi. Selesai sarapan secara express, aku terus drive untuk ke restaurant, risau aku kalau pelanggan datang tapi takda pekerja langsung. Bagai booster dose untuk tolong immunity badan kita ecewah, aku terkejut bila tengok acapon tengah masak nasi kandaq sambil mat alif tebar roti canai and roti tisu.

Sambil menepuk tangan untuk buat mereka sedar yang aku perhatikan mereka, “ Baru first day dah macam ni, memang mantap ah korang berdua ni “

Mat alif yang nampak mata stonner tersengih sengih. Acapon yang kulit ala ala cadbury black forest boleh nampak dia blushing, macam tengah pakai blusher.

Kedai aku bukak sampai pukul 7 malam. Selesai bekerja, aku bawak dua orang ni kat kedai favourite aku. Nama kedai tu simple je, flesh and fresh.  Kedai ala ala hipster and menu dia sedap sedap.

“ Waiter, I want spaghetti meatballs “ order dari aku.

“ Chicken breast stuff on with black pepper sauce “ order dari acapon.

“ Hmmm, sushi with 100 slice of salmon  “ order dari alif.

Sambil mereka menunggu order masing masing, si chef sedang meniliti  order mereka bertiga. “ Diorang nak daging fresh fresh ? “

“ Yes sir, they want it fresh “

“ Okay then, bagi aku daging dalam kotak rahsia aku tu. Diorang nak sedap kan hahahaha meh aku bagi apa yang diorang nak ! “

****************************************************************************************************

Selesai saja aku bunuh isteri shuib tu, aku berasa puas. hahahaha, darah segar memercik kat baju aku tapi aku kisah apa, puas kau tau ? Sempat lah jugak aku rogol dia before bunuh dia. Hehe.

“ Awak nak buat apa ni ? Jangannn..! “

Sambil meronta ronta untuk dilepaskan, aku potong anak tekak dia dan sumbat dalam mulut dia. Haih lawa jugak bini kau ni shuib ? Tapi takpa lah, aku enjoy sekejap before aku putuskan roh dia .

Janam janam janam, hek tosai  lajanam ~

Ringtone phone aku berbunyi, “ ni mesti boss call ni “.

“ Niam, kau dah habis settle belum ? Kalau dah, meh kedai aku, bilik biasa. Aku bagi kau 1o minit untuk sampai “

Dengan cepatnya aku ambik peralatan aku untuk bunuh dan drive ke kedai boss. Ni mesti nak bagi habuan ni haha sedap weh.

Aku mengetuk pintu bilik boss. Boss tenung aku macam nak bersedia nak bunuh aku. “ uish, apa salah aku ni “ bisik hati aku.

“ Congrats niam, kau buat sama je macam aku suruh. Esok aku belanja kau special. Nah, meh peluk “

Aku rasa bangga gila, mana taknya, boss kot puji.

Boss ? Aku panggil boss sebab aku bekerja dengan dia. Tak lah kerja halal, tapi bagi aku, kisah apa halal ke haram. Sebab dia dan aku mempunyai matlamat yang sama,  HAPUSKAN SEMUA YANG BERKAIT DENGAN SHUIB AMIR.

Nama boss aku, Zaipah ataupun orang panggil dia Jepah. Pesaing Acapon masa Kolej dulu, tapi selalu kalah dengan Acapon.  Lepas dia graduate, dia ambik haluan untuk belajar masak and bukak kedai makan flesh and fresh yang kian popular kat masyarakat sungai pataya.

Zrapppp !

Satu tusukan padu tembus ke paru-paru. Badan aku seolah olah hilang imbangan tapi boss aku pegang aku dengan kuat dan berbisik,

“ Kau tu bodoh. Patut lah budak kelas kau dulu panggil kau bodoh. Keturunan kau tu mesti menyesal lahirkan kau. Aku tak kisah kau nak bagi nota after kau bunuh orang, tapi kau bagitau dendam 10 tahun, orang boleh syak lah sial. Takpa, aku akan hapuskan kau, kebetulan aku kurang stok, harap kau sedap la ya HAHAHAHA “

*************************************************************************************************

“ Here’s your food sir. Enjoy “

Rasa kenyal, rangup, manis. Semua ada. Perfect. Sedap sangat sangat. Tak pernah aku rasa daging sesedap ni. Acapon dengan mat Alif sampai menjilat jilat pinggan, malu aku tengok member macam tak pernah makan.  Sambil aku layan kerenah diorang, ada satu lembaga berdiri di belakang aku.

“ Assalamualaikum “ Senyuman sorang kawan lama terukir di bibir hitam manisnya.

Eh ! Jepah ?!Terkejut aku tengok siapa kat depan aku. Tersembur air mango milkshake acapon. Habis terus flavour vape mat Alif . Mana taknya, tak sangka orang yang antara dibenci kat Kolej dulu boleh masak sedap and bukak kedai makan yang popular kat sungai pataya ni.

“  Goodnight guys, hehe… “

“ Eh, asa… “ Mata kitorang mula terasa kabur. SHIT. Aku tak expect yang dia nak…..

************************************************************************************************

“ Ish sakitnya kepala. Eh, bangun acapon ! Mat alif ! Damn, terikat lak. “

“ hahahaha, apa macam ? Aku dah lama tunggu saat ni. Kau kata sedap kan daging yang aku buat ? Cer tengok sebelah kau gummy.

Dengan perasaan yang tidak tenang nak mampus, aku toleh ke sebelah. Rasa macam nak tercabut jantung, niam punya ‘badan’ habis kena potong, dengan mata yang kena cungkil keluar. Sekejap… kalau macam tu,

“  Woi sial ! Kau pergi bunuh dia kenapa ?  Korang bukan kawan rapat  ke ? Setan ! Kau memang jahanam la Jepah ! “

Sambil menajamkan mata kapak “ kisah apa aku. Aku suruh bunuh bini shuib tu dia buat slack. Aku paling menyampah spoiler.  “

Bini Shuib ? Oh my god. Jepah punya kerja la ni ? We’re in big trouble.

Sambil aku melayan Jepah, Acapon dapat capai phone di poketnya. Mat Alif cuba type untuk dihantarkan kepada Shuib. Ya, dia je sekarang yang boleh tolong kita.

Shuib, bro,datang kedai makan si Jepah. ASAP.

“ Sebelum aku bunuh sorang sorang, meh aku dengar jeritan terakhir korang “ Dia meletakkan kapak dan dia keluarkan pisau lipat dan sebiji limau yang telah siap dipotong kulitnya.

“ Okay kita mulakan dengan kau la Mat Alif “ Jeritan demi jeritan bila dia hiris semua kulit Mat Alif sampai takda satu kulit pun yang tinggal. Diikuti dengan gummy and acapon.

Sakit. Perit. Sial punya setan. Macam ni dia dendam dengan semua orang. Tinggal daging je kitorang bertiga. Acapon dengan Mat Alif dah tak sedarkan diri. Aku kuatkan diri untuk tahan walaupun hakikatnya sakit ya Allah.

***************************************************************************************************

Aku termenung jauh, haih.  Phone aku vibrate, “ Aik, siapa lak nak text aku ni ? “

Aku mengambil kunci kereta, dan terus pecut tanpa kisah apa pun keadaan sekeliling. Diorang semua dalam bahaya. Maybe aku tak hidup lagi lepas ni, tapi apa apa pun, aku kena tau perkara sebenar hari ni jugak !

Sampai saja kedai Si Jepah, aku terbau hanyir. Seolah olah benda busuk.  Macam daging yang terbiar. Aku masuk ke kedainya, gelap. Eh….

“ HAHAHAHA, welcome to hell you piece of shit. Lama tak jumpa, shuib ? “

Depan aku bukan Jepah. Tapi seolah olah syaitan yang mengambil alih tubuh badan dia. Aku pelik, kenapa dendam dia lagi teruk dari si Niam ? Jepah membuka lampu kedai. What the…

Tiga tiga kawan aku melekat kat setiap dinding sebab jepah dah lekat diorang guna gam uhu. Setiap orang tengah menjerit jerit kesakitan sambil dimakan oleh anjing liar.

“ Shuib… Selamatkan diri kau.. Dia ni sangat bahay…” tu je ayat terakhir dari diorang.Senyap membawa tanda nafas mereka sudah tiada. Aku geram. Sangat geram.

“ Woi jepah ! Asal kau buat macam ni kat kitorang ? Aku rasa kitorang je yang kacau niam tapi asal kau pulak buat macam ni ? Kenapa ? Bangsat jawab la weh ! “

Jepah hanya tersenyum, “ Niam tu dah macam adik aku dah, semua benda yang dia rasa, aku jugak rasa. Dia tu tak berani sangat, so biar aku tunjukkan dendam sebenar hahaha. Oh pasal bini kau, kirim salam dia kat syurga nanti. Seronok aku tengok dia mati hahaha “

“ Kau… Tak guna ! “ Aku mencapai kayu untuk membelasah Jepah tetapi,

Bang bang bang !

Aku menahan dada aku. Darah memancut mancut tanda kehilangan banyak darah. Aku menoleh kebelakang dan beribu persoalan datang menyerang fikiran aku,

J ? Kau ?

*************************************************************************************************

Aku ? J. Happy sangat sangat  sebab semua masalah aku dah selesai. Suamiku, eh silap, ‘arwah’ suamiku bertindak curang dengan aku masa kolej dulu, niat aku nak kahwin dengan dia dulu sebab nak harta dia and hapuskan dia je.

Geng Shuib Amir, yang selalu buat hura hara kat sekolah, meluat aku. Dapat jugak aku hapuskan diorang.

Niam ? Kesian dia, terpaksa hapuskan sebab dia tinggalkan bukti besar. Bodoh punya kuli.

“ Hi awak, nak rasa tak masakan special, ‘fresh sweet and sour shuib and friends’ ? “

“ Nakkk, hehe thanks Jepah. Sayang awak. “

Posts created 3

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top