Rasa #1

“ HAHAHA, KAU INGAT KAU BUAT SEDIH DEPAN ORANG, ORANG NAK KESIAN KAT KAU ? PERGI MATI LA SIAL ! “

Dia seakan teresak, sebak sangat. Air mata sorang anak jantan sungai pataya jatuh, mengalir bagaikan air liurnya sewaktu berdengkur. Dia berkata pada dirinya,

“ Kau tunggu nanti Amir ! “

***************************************************************************************************

10 tahun kemudian.. 

“ Hati Hati ya bang, balik jangan lewat ya “

“ Ya sayang, awak tu shopping jangan borong semua benda pulak hehe “

Isteriku mencium pipiku yang licin setelah dibasuh berkali kali dengan Garnier untuk kelihatan kacak setiap hari. Aku ? Shuib Amir. Orang panggil aku amir, simple je. Isteriku, hasnu solah, aku baru berkahwin dengan dia tahun lepas, hari ni genap 2 tahun kami bersama. Ah ! Terkenang aku masa kat Kolej Mara Kulim, aku seorang yang sangat pemalu depan perempuan tapi hebat di padang rugby. ceh, puji diri sendiri lak. Sudah 10 tahun aku tinggal Kolej, rindu sangat.

Kereta mercedesku aku parking di depan bangunan Cemerlang sdn. bhd, ni lah tempat kerja aku, hasil titik peluhku dari seorang penjual timun hingga ke CEO syarikat ni. Bangunan ni aku namakan sempena dorm aku yang penuh kenangan, tidak ternilai harganya.

“ Selamat datang Tuan, Tuan nampak segak hari ni “

P.A aku menyambutku dengan ceria, sambil menghidangkan air kopi john winston kepadaku.

“ Sedap la kau buat ni, maintain je rasa dari awal. Boleh kahwin ni hehe :p “

P.A aku senyum tetapi dalam hatinya “ Sial jantan, mentang mentang kaya nak gatal pulak “

Aku membelek dokument dan fail yang sudah terhidang segar atas meja aku, dan tetiba sekeping kad biru jatuh ke lantai. Aku pada mulanya buat tak tau je tetapi instinct aku merasakan ada benda tak baik..

Senyumannya manis, tapi apa kata kalau pahit jadi pertukaran ? – N 

Hati aku rasa nak tercabut dan peluh seram mula membasahi. “ Apa benda ni ? Siapa bagi pulak ni ? “

Jam sudah menunjukkan 5 petang. Kerja aku tak siap langsung sebab memikirkan nota pelik tadi. Aku teringat yang isteriku pesan untuk balik awal, aku genggam nota dan coat dan drive ke kedai barangan kemas. “ Nasib baiklah duit takda masalah, kalau tak naya aku nak beli hadiah anniversary “. Aku memilih bracelet ukiran khas bertahtakan berlian 30K dan duit bertukar tangan, sempat jugak aku beli cake blueberry cheesecake favourite dia haha, ni amir lah !

Sambil amir memandu untuk pulang balik, sepasang mata sedang melihat dia dengan tersengih macam kerang busuk..

Perjalan memakan masa 45 minit 30 saat sebab traffic jam teruk. Aku menukar zikirku dengan lafaz mencarut tak henti henti sebab stress sangat.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku mengambil semua hadiah yang aku beli, excited rasanya sebab nak sambut ulang tahun dengan isteri kesayangan. Isteri aku masa kat kolej, dia tu pendiam sangat, memang sama padanlah dengan aku bagai timun dibelah dua. Eh ?

Hasnu solah, nama sesedap rasa, muka setenang air. Berasal dari daerah siku, pada mulanya aku minat dia biasa biasa je. Tapi ramai yang menaruh harapan dengannnya. Acapon, mamak kelahiran penang, budak genius nak mampus tapi bertekad nak bukak kedai roti canai bersama rakan sekelas Mat alip romeo, penebar roti canai terhebat balik pulau. Pidot, ketua geng bikers kental kedah, fadilawei si boss kedai satay aroi cin cin, coach ammar juara badminton peringkat negeri, syafiq dan adik adik, pemilik kedai nasi ayam bakaq madu, ahnaf acap, ikon ustaz muda, kimi si bertuah yang dapat mengikat kontrak guitarist bersama hakim and the geng. Hah, tu semua member aku dan juga bekas peminat isteriku.

Aku bukak pintu rumah dan…

“ Sayang, cheq dah bal… “ “ Allah ! Apa ni ? ya Allah !!! “

Aku menangis teresak esak, isteriku yang sempurna sifatnya lehernya putus, dengan ususnya terburai dengan setiap tangannya dijahit, seolah olah dipotong dan dijahit balik. Darah segar berlumuran di atas lantai dan juga dinding. Aku menangis semahu mahunya, syaitan mana yang sanggup buat macam ni ? Terselit satu nota biru di usus isteriku, aku mengambil dan terulis,

Macamana ? Rasa pahit tak ? Macam tu lah kau buli aku 10 tahun yang lepas HAHAHA ! “

Aku jatuh terduduk. Takkan lah si Niam yang aku selalu buli tu ?

To be continued…..

Posts created 3

One thought on “Rasa #1

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: