Rainbow connection

Dinding bilik Naail berlatarkan warna biru langit. Dia yang pilih sebab ibu bagi. Teringat sewaktu Naail berusia satu tahun, menangis dalam dukungan ibu setiap malam. Dia pula hanya mampu melihat ibu dan ayah tidur selang malam, berganti macam pas baton. Oh ya. Dulu bilik itu warna kelabu. Dia tak suka warna kelabu.

Satu malam, dia datang dekat ibu yang tengah gendong Naail dan kata, “Kak Chik rasa bilik ni scares him. That’s why Naail selalu nangis. Apa kata kita cat color lain.” Waktu itu dia hanya mengarut dan memberi alasan kepada ibu sebab memang dia tak suka warna kelabu. Tapi ibu, “You think so too? Esok kita pergi kedai beli cat untuk bilik Naail. Kak Chik suka warna apa?” Dan esok mereka balik dari kedai Nipon dengan 2 tin cat Smooth Sailing.

Malam-malam seterusnya ibu dengan ayah akan cium pipi dia sebelum masuk tidur tanda terima kasih. Siapa sangka Naail langsung tak meragam dah bila biliknya bertukar warna. ‘Kisses and hugs are expressions of love, thank you and goodbye’. Kata-kata itulah yang dia akan baca setiap kali masuk ke dalam bilik. Ayah yang tulis dengan acrylic paint kuning atas canvas putih yang terletak di hujung sudut dinding bilik tidurnya.

Nadeera meletakkan kembali ingatannya di sebuah temple bayangan macam yang Doktor Ayana ajar. Method of loci. Bukan untuk kita buangkan kenangan tapi simpan. And you’re always welcomed to come back. Dengan itu, dia memutuskan untuk meletakkan semua ingatannya di dalam sebuah almari. Almari yang akan membawa dia ke dunia magis seperti Narnia. Kerana seperti itu dan seperti itulah dia akan kembali.

Jam di dinding dah menunjukkan pukul 10 malam. Nadeera kembali menarik comforter Spiderman menyelimuti badan Naail.

“Dah, you have to sleep now okay?

“Kak Chik.”

“Yes?” Nadeera mengusap lembut kepala Naail.

“Can you sing ‘the song’?”

Nadeera terdiam seketika sebelum tersenyum. “Of course, love.”

Naail turut tersenyum dan jelas kelihatan lesung pipit di pipi kirinya yang dalam. Perlahan-lahan matanya tertutup.

Nadeera menarik nafas panjang dan turut memejamkan matanya. Cuba mengingati bait-bait lagu yang dimaksudkan Naail.

Why are there so many?

Songs about rainbows

And what’s on the other side

Rainbows are visions

They’re only illusions

And rainbows have nothing to hide

So, we’ve been told, and some chose to believe it

But I know they’re wrong; wait and see

Someday we’ll find it

The Rainbow Connection

The lovers, the dreamers and me

The Muppet?” satu suara berbisik dibelakang membuatkan nyanyiannya terhenti.

Mengenali suara yang bertanya, Nadeera tidak berpaling mahupun menyahut. Dia terlalu leka merenung wajah Naail yang sedang lena dibuai mimpi. Itulah lagu kegemaran dia, Naail dan ayah. Lagu yang selalunya diiringi oleh petikan gitar. Ibu selalu cakap rumah kami adalah the Shire, syurga dunia baginya. Naailthe king, Nadeera the ring bearer, dan ayah the witch. “Ibu?” tanya Naail lepas tu. “Ibu jadi storyteller je.”

Ergo, ibu mengambil keputusan untuk menjadi seorang penulis buku kanak-kanak. Dalam satu interview, ibu kata, “My family has given me endless support and their love is an ocean drop of magic that never dry. ” Dongeng-dongeng ibu yang ‘perfectly adequate’ bak kata Abang Ilham, adalah bedtime stories kegemaran Naail dan dia. Probably for the rest of their lives.

good girl stays at home kindaaa
Posts created 1

One thought on “Rainbow connection

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: