pisang goreng dan kopi

ada sesetengah benda yang aku rindu tentang masa-masa lalu,
terkejutnya aku apa yang berlaku sekarang
membuatkan aku mahu rutin lalu jadi baru.

kau masih ingat tak
kita main kahwin-kahwin
tapi sekarang kita yang takut untuk kahwin.
kepakkk keboommm
adalah dua tiga kawan jadi pengapit.

rindunya aku dulu itu pada
iklan “on lagu cinta” dan hantar ke “2882”
hanya untuk memuat turun lagu hits
sebab masa tu, aku masih bodoh dengan sistem bluetooth

habisnya duit aku pada majalah-majalah yang entah wujud entah tidak pada hari ini
Bintang Kecil
Remaja
kalau up ke level porno,
kita beli Mangga

aku rindu zaman-zaman yang mana aku tidak kenal apa itu churros
apa itu macaroons
jemput-jemput pisang, teh o panas itu aku rindu

masa lalu terlalu baik untuk kita
setiap satu peluangnya kita jadi dewasa bagi mendapat secebis memori silam

aku rindu pada janji-janji dulu
“pukul 5 kita main tau.”
dan bersiap siaga untuk dirotani jika pulang aku waktu maghrib

dan bagi aku, si perempuan
perkara paling seronok bila
“dapur” aku berasap.
ala, main masak-masak.
ada bapak,ada anak dan ada kuali mak.

ada juga kedai kek
bekas plastik
pasir dan air
diadun menjadi satu lalu diterbalikkan
pappp, jadilah kek.

banyak rindunya.

I write to heal not to hurt.
Posts created 14

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top