Penghujung Jalan

Aku tunggu dipenghujung jalan lah macam tu.

Ala, dipersimpangan tu, takkan taktau?

Aku taknak disini lama-lama. 

Kalau orang lain nampak, mesti ingat aku takda duit nak beli kereta.

Tak cukup sen nak naik bas.

Tak cukup data nak buka grab.

Tak cukup kaki nak naik LRT.

 

Jadi aku tunggu dipenghujung jalan lah kalau macam tu.

Tapi cepat sikit boleh tak? Aku taknak tunggu lama-lama.

Sebab bila aku jalan terus aku masuk gaung.

Bila berhenti aku mati.

Bila menyimpang kena lempang.

Bila u-turn aku dipanggil pengecut.

 

So, macam aku cakap tadi, aku tunggu dipenghujung jalanlah.

Aku tak sabar nak jumpa kau lagi.

Mata kau bulat macam ceri.

Hidung kau mancung-mancung Priyanka Chopra.

Wajah kau bagai lukisan,

Yang belum sempat diwarnakan.

 

Jadi jangan lupa, aku kat penghujung jalan ni.

Walau aku tau, kau takkan menjemput aku.

Orang lain dah warnakan senyuman kaulah sayang

Sebab color pensel aku haus, ketot, dan dah banyak yang dah hilang

 

Walau aku sudah dipenghujung jalan,

Nampak gayanya aku harus teruskan perjalanan,

Mungkin ada jalan lain, mungkin juga ada kegelapan

Bila aku melangkah keluar

Dari penghujung jalan

Posts created 2

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top