Pengakhiran

Tiada kata mampu diucap

Menggambarkan rasa di hati

Kerna terluka ini tidak terungkap

Hanya menjadi simpanan sendiri

Akhirnya masanya sudah tiba

Untuk membawa diri yang lara

Disakiti dan dikhianati

Tanpa ada peluang untuk membela diri.

 

Pernah cuba untuk bangun berdiri

Setelah dihentam berkali-kali

Namun semuanya sia-sia

Kerana pengakhirannya terduduk jua

Bukan sekali ianya terjadi

Sudah berkali sehingga hati ini mati

Sudah dicuba untuk melupakan

Tetapi kali terakhir amat menyakitkan.

 

Sehingga kita bertemu lagi

Di lain masa waktu dan hari.

A not so lady like but will act like one when needed.
Posts created 15

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: