Parasit (Inspirasi dari Bebenang Twitter)

Cahaya Matahari mula melimpah masuk ke ruang kamar tidur Jenny. Jam menunjukkan tepat 10:30am. Dia yang dalam keadaan separuh telanjang masih lagi diselubungi selimut tebal dan beralaskan bantal yang empuk. Dalam keadaan yang mamai, dia cuba untuk membuka mata dan bangun dari katilnya itu.

Jenny mula bingung apabila mendapati yang dia keseorangan. Richard telah hilang dari katilnya. Barangkali dia telah berangkat pulang awal pagi tadi. Jenny mula meneroka telefon pintarnya yang dicas di bucu katil. Mengharapkan sesuatu yang indah dari Richard tapi tiada apa-apa.
Ingin dijadikan cerita, malam tadi merupakan malam Sabtu yang indah buat seorang gadis ayu bernama Jenny ini. Hasil perkenalan dia dengan Richard malam tadi telah membawa mereka ke lembah cinta; dalam erti kata lain, katil Jenny. Dia dah lama tak rasa sepuas itu. Dek kerana kekuatan dan persembahan Richard yang meyakinkan, Jenny seperti kehausan dan mahukan khidmat Richard sekali lagi.

Jenny cuba untuk menghubungi Richard. Tiada jawapan walaupun sudah lebih 5 kali. Lalu dia mengikhtiarkan cara lain iaitu melalui khidmat pesanan ringkas. Double ticked. Dengan harapan Richard akan menyedari mesej itu dan respons secepat mungkin. Dia pun terus turun dari katil dan menyarungkan seluar dalam yang dilemparkan ke tepi; hasil kegelojohan mereka berdua malam tadi.
Dia keluar dari kamar tidurnya untuk mencari kelibat Richard. Mungkin dia masih berada di dalam kawasan apartmen Jenny? Dari ruang tamu, bilik air, balkoni, dan dapur. Memang nyata yang Richard dah pulang tanpa pesan.

Tiba-tiba telefon pintar Jenny berdering. Harapan dia untuk Richard menghubungi dirinya semula terbantut sebab yang berada di talian adalah kawan baiknya, Qiesya.

“Hey, Jenny…. amboi baru bangun ke? Hehe…”, tanya Qiesya dengan sinis.

Jenny menjawab dengan keadaan yang menjengkelkan, “Ya baru bangun… aku bangun dia terus hilang, benci betul!”.

Qiesya ala-ala terkejut dan bertanya tentang persembahan Richard di ranjang malam tadi. Dia ni memang kepoh; mungkin sebab dia Melayu. Melayu yang tipikal.

“Kau ni sibuk je lah! Dia okay, cuma aku tak faham kenapa dia pergi macam tu je. Tiada apa-apa pesanan pun…”, Jenny menjawab dalam nada yang kecewa.

Qiesya cuba menenangkannya dengan memberi alasan yang Richard mungkin sibuk atau ada hal yang penting perlu diselesaikan. Jenny hanya mampu akur dan berfikiran positif. Pada masa yang sama, Qiesya mengajak Jenny untuk keluar makan tengahari.

“Boleh je, kau tunggu tempat biasa. Kita makan kat situ je.”, respons Jenny terhadap ajakan Qiesya. Dia terus memutuskan panggilan dan pergi ke bilik untuk mengambil tuala. Sementara dia menyarung tuala untuk menutup tubuhnya, kepala otaknya masih teringatkan kepada Richard. Penyakit angau telah menjangkiti modula oblongata Jenny.

Di dalam kamar mandi, Jenny melurutkan tualanya dan menggantungkannya di belakang pintu. Dia mengambil berus gigi dan memberus giginya sambil menghadap cermin yang mampu menampakkan seluruh pelusuk tubuhnya. Sedang asyik dia memberus gigi, dia mula merasa gatal di bahagian dada dan dagunya. Kegatalan itu menghasilkan ruam yang agak ketara dan memedihkan.

Jenny terfikir sejenak dari mana datangnya ruam ini sebab semalam tiada apa-apa pun yang terbentuk pada dada dan dagunya itu. Dia meneruskan sesi mandiannya dengan pantas, keluar ke ruang tamu dan menghubungi Qiesya untuk bantuan.

“Qiesy, you datang rumah I boleh tak? Ada benda lah nak tunjuk kat you!”, dengan nada yang sedikit cemas. Qiesya yang dalam perjalanan terus mengubah haluannya ke rumah Jenny.

#

Selepas beberapa minit, Qiesya pun tiba di rumah Jenny. Dalam keadaan yang cemas, Qiesya bertanya, “Apahal cemas sangat ni? Kau sah hamil ke?”.

“Ish bukan! Tapi ada yang lagi pelik dari tu!”, jelas Jenny sambil menunjukkan ruam-ruam di dada dan dagunya itu. Selepas selesai mandi tadi, Jenny tidak memakai apa-apa baju kecuali seluar jogger.

Qiesya merenung ke dada Jenny dengan rasa bingung. Mungkin ini juga kali pertama dia melihat buah dada wanita lain secara langsung. Dia meneliti ruam-ruam tu dan bertanya, “Apa benda ni babe? Teruk sangat ni…”.

Jenny sendiri tak tau nak memberi reaksi apa dan sama-sama kebingungan. Qiesya menyuruhnya untuk mengingat kembali apa yang terjadi malam tadi. Mungkin ada aksi-aksi ataupun elemen-elemen luar yang mendatangkan ruam-ruam pada tubuh Jenny. Dia tak dapat berfikir secara visual sebab mereka bersenggama dalam keadaan kamar yang gelap.

“Okay, macam mana Richard melepaskan cecair nikmat dia tu?”, tanya Qiesya dengan penuh spontan dan telus.

Berkerut muka Jenny berfikir sambil tangannya meraba-raba ruam yang ada di dadanya. “Aku rasa kat sini lah, cuba kau tengok bentuk ruam ni…”. tekaan Jenny.

Dalam keadaan yang menjengkelkan, Qiesya merenung dan meraba bahagian ruam itu. Memang jelas dan nyata, ada bentuk seperti serakan cecair. Tak syak lagi, ruam itu datang dari benih Richard. Tapi apa yang terkandung dalam benih Richard sampai ruam-ruam jadinya?

“Aku rasa kau patut jumpa doktor. Aku takut benih Richard ni ada STI atau STD ke apa…”, jelas Qiesya dengan penuh rasa risau.

Mereka sama-sama mencari mana-mana doktor pakar atau dermatologist yang berdekatan dengan mereka melalui Google dan Facebook. Akhirnya Jenny terjumpa satu laman dermatologist yang terkemuka dan terus menghubungi klinik tersebut untuk menetapkan waktu temu janji.

#

Selepas selesai makan tengahari, Jenny dan Qiesya bergegas terus ke klinik dermatologist yang mereka hubungi tadi. Klinik tersebut terletak di kawasan Subang; agak sesak di waktu puncak.

Mereka tiba di klinik 5 minit awal daripada waktu temu janji yang ditetapkan. Pada masa yang sama, Jenny tidak berputus asa untuk menghubungi Richard tapi masih tiada jawapan. Qiesya mengesyaki bahawa Richard mungkin ada memendam sesuatu yang patut Jenny tahu. Dia mula menyoal Jenny tentang asal-usul Richard.

Jenny mengenal Richard melalui sosial media; Instagram. Mereka berdua saling berbalas mesej sejak dua bulan lepas. Malam tadi merupakan kali pertama mereka berdua bersua muka. Jenny tidak sempat mengetahui latar belakang sebenar Richard kerana semua yang terjadi berlaku dalam keadaan yang sangat cepat.

Sementara mereka asyik bercerita, nama Jenny dipanggil untuk berjumpa dengan pakar. Sewaktu pemeriksaan dijalankan, doktor meneliti setiap inci ruam-ruam yang ada pada Jenny. Dia juga menceritakan kejadian malam tadi kepada pakar itu. Hasil pemeriksaan menyatakan bahawa terdapat kewujudan parasit di dalam kulitnya sehingga menghasilkan ruam yang sangat pedih. Jenny bertanya kepada pakar; apakah punca sebenarnya?

“Hanya ada dua sebab bagaimana seorang lelaki boleh mendapat parasit di dalam benihnya…”, jelas pakar itu. Parasit ini boleh terdapat di dalam benih seseorang lelaki jika lelaki tersebut pernah melalukan seks di luar tabii dengan haiwan… dan juga mayat…

Jenny dan Qiesya terkejut dan memandang wajah masing-masing. “Tapi aku tak rasa dia kerja dekat rumah mayat… tak mungkin!”, Jenny seperti tidak dapat menerima kenyataan.

Dia diberi rawatan yang sepatutnya dan mereka terus pulang dalam keadaan yang bingung. “Aku rasa hanya ada satu cara sahaja untuk kau tahu siapa Richard yang sebenar…”, kata Qiesya sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Dia bertanya kepada Jenny nama sebenar Richard dan mencari identitinya di Facebook.

Untuk kali yang keempat, mereka berdua dikejutkan sekali lagi oleh suatu penemuan yang sangat pelik. Hasil pencarian Qiesya membawa kepada satu akaun Facebook yang bernama Richard Rhys.
Gambar profilnya adalah gambar yang sama digunakan sebagai gambar profil di akaun Instagram.
Mamat bernama Richard ini merupakan seorang berbangsa Cina kacukan India. Dia bekerja sebagai seorang pegawai perubatan di sebuah KLINIK HAIWAN di Damansara. Jadi inilah punca parasit yang sebenarnya. Barangkali dia telah melakukan perkara terkutuk itu beberapa kali sebelum bertemu dengan Jenny. Mungkin ini jugalah punca kekuatan dalam persembahannya di ranjang. Nafsu dan naluri haiwan telah merasuk syahwat Richard.

Jenny hanya mampu terduduk dan terdiam. Niatnya untuk mengenali Richard dengan lebih jauh tidak kesampaian. “Relaks okay Jenny? Bukan salah kau, sepatutnya dia yang kena bertanggungjawab…”, kata Qiesya yang cuba menenangkan Jenny.

Jenny kini dalam keadaan trauma. Richard masih lagi senyap tiada khabar berita. Kesemua laman sosial Jenny telah diblok oleh Richard. Barangkali dia dapat menghidu keperitan yang Jenny lalui; takut untuk menghadap kebenaran. Binatang.

I'm not a writer, i'm a story teller.
Posts created 3

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top