Nasi Goreng Pattaya.

 

Nasi Goreng Pattaya pun ada prinsip tersendiri walaupun beza dia dengan Nasi Goreng Ayam hanyalah balutan telur yang di-zig-zag-kan dengan sos cili sebagai hiasan (kadang-kadang berbentuk hati). Prinsip dia buat diri dia tertonjol daripada yang lain dan istimewa untuk siapa diri dia sebenarnya.

Engkau tak boleh sewenang-wenangnya nak ambil nasi goreng biasa dan makan dengan telur dadar dan ayam goreng, kemudian kaugelarkan itu Nasi Goreng Pattaya. Engkau tak boleh. Tercalar maruah sebagai sebuah hidangan Asia Tenggara jika kau fikir begitu. Hidangannya tidak diasingkan namun dibalut bersama.

Ketebalan telur nak balut tu pun kau kena peka. Tebal sangat, muak. Nipis sangat, cepak koyak (tak lawa). Penampilan mestilah kena jaga juga. Kalau hancur bila bukak polystrene nanti, yang nampak dari mata terus bagi signal kat otak si pemakan tu: Nasi Goreng Pattaya ni tak sedap. Telur memang memainkan peranan penting dalam soal penampilan ni.

Lima ringgit harga yang paling boleh dipertimbangkan untuk Nasi Goreng Pattaya melainkan kalau kaupesan di hotel-hotel yang pinggan dia besar dan berat tu membuatkan harganya naik dua kali ganda. Terserahlah, itu telah membuktikan harga diri Nasi Goreng Pattaya melonjak tinggi.

Aku, kau & Nasi Goreng Pattaya; mahukan kepuasan. Kita sama-sama ganas.

 

 

sejenis orang yang tak suka tempoyak, tapi gila durian
Posts created 2

7 thoughts on “Nasi Goreng Pattaya.

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: