Musim-musim

Musim rahsia-yang-kita-perlu-bongkarkan telah tiba menggantikan musim aku-perlu-diam. Dan sewaktu keberalihan antara dua musim itu, yang merumitkan ialah keyakinan.

Kedua-dua musim itu berbahaya dan membunuh.

Apabila kita membongkar, ribut kemarahan kedengaran, angin hati kedinginan, awan-awan dengki kegelapan, bunga-bunga berani kelayuan. Tapi setidaknya kita puas.

Apabila kita diam, udara kalbu menyesakkan, suhu gagah semakin rendah, langit bebas suram tak menyenangkan. Tapi setidaknya kita selamat.

Kedua-dua musim itu sebenarnya memerlukan keyakinan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sejenis orang yang tak suka tempoyak, tapi gila durian
Posts created 2

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top