moved on

Foto lelaki di pertengahan 20-an bersama seorang gadis comel melalui paparan Instagram saat dia membelek laman sosialnya. Kopi o ais sejuk yang sedang diteguk seakan berhenti seketika di kerongkongnya. Air ditelan perlahan dan senyum tipis lambat-lambat diukir. Pahit. Ikon hati terpapar saat gambar itu ditekan dua kali. Lama jemari terhenti di situ merenung senyum manis lelaki berkemeja biru gelap itu. Senyumnya masih seperti selalu. Gembira melihat wajah bahagia itu, tapi ngilu yang singgah di hati minta dirasai.

” Hai, Sara.” Tegur Mikhail sambil menarik kerusi di sebelahku sesaat dia sampai. Kunci kereta, wallet dan handphone diletak di atas meja. ” Weh, Mikaa! Lama gila tak jumpa kau.” Balasku ceria. Bukan kami berdua sahaja yang berjumpa malam itu, dalam lima enam orang rakan-rakan sekelas sewaktu di universiti lepak bersama selepas menghadiri seminar siang tadi. Mikhail tak pergi pun seminar, tak berkelapangan. Cuma meluang masa ingin bertemu rakan-rakan lama kerana dia berdekatan.

Okay ke sekarang, kau senyap je.” Mika membuka bicara antara kami. Zai dan Din bertentang kami sedang rancak berkomentar tentang perlawanan bola yang ditayang di skrin besar. ” Aku okay je, biasalah busy kerja, tak bersosial sangat.” Same old, same old Sara. ” Buku baru apa cer?” Keningnya terangkat bertanya. ” Hahah. Tengah writer’s block aaaa…” Kami menyambung soal bicara tentang kehidupan masing-masing sambil menikmati char kue teow panas-panas berteman sejuk angin malam sepoi-sepoi bahasa. Rasa nyaman dapat berbual dengan teman lama.

Mikhail mengeluarkan kotak rokok dari kocek belakang jeans. ” Sara, aku duduk sana jap.” Mika memberitahu dengan rokok di celah jari. Dia tau aku tak suka bau rokok. Ingat dulu dia berhenti merokok kejap. Old habit die hard i guess.

Pia membuka cerita. ” Weh, aku dengar cerita, Mika dah nak tunang.” Aku angkat bahu.” Em, ya kot.” Kopi o ais yang dah nak habis disedut. Pahit.

Aku dan Mikhail, we were never an item. But we clicked. We became close friends quite instantly during our study years. He gave his time to understand me, how a Sara works. We close to be a thing, if I, dare to take his hand. Of course, he’s patient, sweet and all but he gets tired of waiting too. I was too cautious. I knew it’s real but i doubted myself. I’m not ready for such commitments while him constantly reassuring me his worth. Silly me. I cared for him, I always do.

He’s a sweet one. I started writing in high schools and had published few zines since then. He read every single one of it. He told me his thoughts and always pretended to be one of those charming guys I wrote. Silly him, when I already like him for who he is. He once joked that our house will be full with books and we might have dinner between piles of them because of my madness to buy books without actually reading them. You mocked me for that but still buy me books and read with me. I once encouraged you to stop smoking and you did for a while but as you once said, old habit die hard. I guess.

Kami semua berpapasan sebelum beransur pulang selepas berkeping-keping suafoto berkumpulan diambil. Penting untuk kenangan. Entah bila lagi dapat berkumpul macam ni.

Bye Mika. Good to see you.” Mika menghulur tangan. Salamnya aku sambut. ” Happy birthday, Sara.” Sebuah novel diletak di dalam genggamanku. Entah dari mana munculnya. Sebuah naskhah puisi tradisional Indonesia, yang dah lama aku cari. ” Wehhhhh…” He remembered. Mika sengih. Topi dikepala dibetulkan. ” Tak, hari tu aku ada kerja kat Bandung, aku jumpa buku tu.”

Dalam buku sedikit lusuh itu terselit sekeping kad hari lahir tertulis dengan pen hitam dakwat basah ‘for old time sake’ . 

I’m happy that you met the one, someone that knows what she has when she has you. You’re too precious to be wasted. Does people really moved on? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Sesetengah dari kita seperti seorang Mikhail, menjalani dunia seperti biasa kerana mana mungkin masa terhenti hanya kerana kita tidak bersedia untuknya. Dan sesetengahnya adalah seperti aku, berlagak seperti sudah bergerak meninggalkan masa lalu beriringan dengan saat yang berdetik walhal masih hidup dengan memori tentangnya.

We never truly moved on. We just pretend we did, keep going and reminisce the good and the bad every once and then. Didn’t us all?

f.h

Posts created 51

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top