Mohon agar daun yang gugur dari pohon semaram di ‘Arsy untuk dia bertitis putih.

Dia akur.

Tersengguk sengguk. Sembap mukanya. Bekas air mata yang bergelinang sejak hari lalu masih senang kelihatan.

Masih dia duduk di atas rumput antara semak di sekitarnya. Tikar semulajadi alam. Di usap-usap batu besar yang tersembul antara semalu dan semanggi yang mekar menjalar. Batu besar yang bogel, tidak berukir; berwarna hitam. Bukan seperti kebiasaan. Putih, atau kelabu.

Malak al Mawt itu lebih mencintainya.

Dia akur.

Jujur, dia akur.

Namun, air matanya tak putus-putus. Makin degil sejak persemadian dia.

Dalam pikirannya cuma satu, mohon agar daun yang gugur dari pohon semaram di ‘Arsy untuk dia bertitis putih. Bukan hijau. Bukan celaka untuknya.

Moga moga, dia bahagia. Kebahagiaan azali. Cukup sudah dia menderita.


“Tuhan, dia sentiasa percaya akan Kamu. Angkatlah dia. Jadikannya umatmu. Dia tidak pernah ragu. Seperti aku.

Aku tak pernah percaya Kamu.

Mungkin pernah. Satu masa yang lama dulu. Masa tak mungkin mengungkap bila dan sebab kenapa. Engkau hanyut dari aku. Itu aku tahu.

Bukan aku hanyut dari Engkau. Itu satu yang aku pasti. Kau tak pernah endah, setiap kali aku menadah tangan; bercerita hal ehwal aku dan dia. Hal ehwal yang sama di fikiranku setiap kali tanganku mengangkat takbir menjunjung namaMu yang maha besar. Aku, dia dan perihal hidup kami berdua. Mungkin Engkau tak pandang endah. Mungkin lebih banyak insan yang mermerlukan Kamu.

Tapi dia hanya belasan tahun. Tak mampu dia bertahan.

Aku akur. Dengan bibit permulaan bidup tanpaMu. Satu masa yang lama dahulu.

Tapi.

Untuk dia, pikiran aku tewas. Logik akal aku berkalang tanah. Tak pernah aku dugadia pergi sebegini. Dengan usaha sendiri. Nyata, dia lebih berani.

Aku harap Kau benar bernyawa. Sihat bersemayam di luar sana. Agar dapat dia Engkau selamat.”

애아르

An agnostic romantic, and a queer literature aficionado; including but not limited to slash fan fiction (especially Drarry).
Posts created 45

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top