Merdekakan Akalmu


Atas nama yang telah jatuh,
kami bangkit jadi bibit.

Atas nama cinta yang berpaksi,
kami bersatu hati.

Atas ulas fikiran terbentang,
atas jari memegang perpaduan,

Kenapa harus darah, bila ada dakwat?
Kenapa harus benci, bila ada bila ada kasih?

Merdeka, Merdeka, Merdeka!
Bebas tanah, belum bebas akal.
Sang helang tanpa sayap,
sama juga cakarnya tiada guna.

Merdekakan akalmu!
bebas kerana fikiran,
berfikir kerana bebas,
jangan pegangan jadi cekikan.

susun nahu, ketemu ilmu,
parah prejudis julang keluar.
Dunia untuk yang memahami,
Syurga untuk yang mencintai.

Merdekakan akalmu.
Merdekakan akalmu.

He spends waaaaaaaaay too much time on this, but he finds joy in nothing else. Go easy on him.
Posts created 731

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top