Memilih?

‘Kau memilih sangat…’ Halus disuarakan, nada jenaka ditambah, cuba menghilangkan kesan…

Aku tersenyum… Tidak pula terguris, tidak juga menangis…

Sesak. Fikiran ku sesak dengan persoalan. Tiada henti pertanyaan dan akhirnya ku berhenti diakhir persimpangan fikiran…

Oh, aku bukan memilih, aku tidak tahu apa yang aku mahukan… Hipokrit, Palsu, Penipu…

Aku tersenyum… Bukan kerana perit, bukan juga kerana pedih…

Tetapi kerana jenaka yang hati ini lakukan, jenaka yang mendustakan hakikat sebenar kehendak hati…

‘Kau memang memilih!’ Aku menjerit di pintu hati menyalahi segala yang terjadi…

Halus hati menghembus jawapan, ‘aku menipu kerana PILIHAN…’

PILIHAN yang mungkin salah, membuatkan aku membina stereotaip sempurna…

PILIHAN yang terlalu sempurna, membuatkan aku takut, ku biar Dia menentukannya…

PILIHAN yang sederhana, membuatkan aku teragak-agak, mencari permata di dalam timbunan kaca…

Aku terdiam, sesal atas teriakan… kerana dipenghujungnya, aku si perangka pilihan… Pentingkan diri, egois, leka…

Aku tersenyum, bukan kerana menyedari, bukan juga kerana pasti…

Tetapi kerana aku masih disini, tersekat bersama PILIHAN…

Noktah.

L.S.A

My words are my perspectives.
Posts created 4

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top