Tirahbahrii

Hati Yang Rapuh

September 15, 2019 in Poetry/Puisi

Duhai hati

Jangan kau berduka

Jangan tewas dengan kata-kata

Jangan sesekali kau tunduk

Jangan kau peduli

Biar mereka berkata

Duhai hati yang terluka

Ubati hatimu dengan alunan ayat suci Al-Quran

Rawat luka dijiwamu dengan zikrullah

Tabahkan hatimu dengan kesabaran

Jangan sesekali kau balas cacian mereka

Jangan sesekali kau tanam dendam

Jangan berputus asa dengan kesabaran

Jangan di hadam cacian mereka

Kerana…
Janji Allah itu pasti
“Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar”

11.19 am

15/9/19

 

 

Resah tiada penghujung

September 11, 2019 in Dan lain-lain

Saat nukilan ini dicoret

Mereka sudah dibuai mimpi

Sudah melangkah ke alam yang dipuja

Tapi ada satu sosok tubuh

Masih lagi memikirkan apa yang perlu dilalui untuk hari mendatang

Pasti penuh kejutan tanpa diundang

Walhal sudah lama bersedia

Akhirnya tewas juga

 

Tubuh itu sering mendengar keluh kesah sekeliling

Jasad itu juga sanggup memberi apa termampu untuk yang sedang berduka

Lirikan senyumnya umpama tiada penghujung

Gelak tawa seakan tiada kekhuatiran di dada

Lantas mereka menganggap jasad itu sentiasa bahagia

Mereka melihat jasad itu tiada bebanan yang perlu dipikul

Lalu menghukum seakan tuhan tidak pernah memihak kepada mereka

 

Walhal

Pada malamnya sosok tubuh itu sentiasa mendongak ke atas

Pekat langit membawa resahnya ketepian

Mengharap segalanya berjalan sediakala

Tangisan tak berlagu memecah kesunyian

Diri, tuhan dan sekitarnya menjadi saksi segala kesakitan

Luka yang dipendam semakin parah

Dia tetap tabah walau jiwa seakan nazak minta pertolongan

 

Tapi

Tiada siapa yang mendengar

Kerna tubuh itu tidak mampu menzahirkan

Segala keperitan yang dibekukan

Semua keresahan yang ditanam entah sedalam mana

 

Lalu

Dia tetap mendiamkan segalanya

Tanpa mengharap pendengar setia

Tak menagih simpati yang sia-sia

 

Lantas terus menjadi manusia

Yang sentiasa berhadapan segala risiko

Sentiasa ingin sekelilingnya tersenyum dengan suasana ceria

Tanpa masalahnya membebani mereka sedikit cuma

 

12.19am

-tirahbahri-

 

Jiwa yang KOSONG

September 9, 2019 in Poetry/Puisi

Deraian hujan makin lebat

Pandangan dilempar ke jendela

Otak ligat bekerja

Hati mula berkata

Sunyi dan sepi

Air mata hangat

Semakin deras mengalir

Tanpa dipinta tak mampu diseka

Detik demi detik

Masa berlalu pantas

Seakan tiada masa rehat

Sempit dan kelu

Tanpa kata tiada suara

Perlahan mata ditutup

Rintik hujan seakan memahami

Fikiran yang celaru

Masih mencari makna bahagia

Masih menggapai erti kepuasan

Senyuman yang terlakar

Gelak tawa yang menghiasi

Kini hilang entah kemana

Tidak dapat dijejak

Jiwa makin tersiksa

Mencari bahagia yang pernah ada

Mencari ketenangan yang pudar

Tapi tak muncul jua

Penat dan lelah

Diri mula mengalah

Raga mula memberontak

Terus memendam rasa 

Tanpa secebis penyesalan

Penghujungnya masih tersenyum

Ceria seakan tiada apa

Tapi hati tak rela

Gelak tawa yang dipaksa

Senyuman yang penuh makna

Tersirat segala duka dan lara

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top