sghfz

by sghfz

diskografi tak berapa nak diskografi

April 30, 2018 in Dan lain-lain

pendedahan awal terhadap muzik bermula sejak berusia empat tahun dengan lagu-lagu seperti mikael belajar untuk batu, rumah api kerap diulangi dengan pemain kaset dengan sistem bunyi. sehinggalah masuk darjah dua dimana stesen radio melayu menjadi pilihan utama secara tidak terpilih kerana itu yang pakcik drebar van pasang bila pikap budak sekolah semasa pergi dan juga balik.

“ramai ramai….” laung seorang murid, memberikan isyarat untuk siap sedia dengan pernafasan sebelum korus masuk

“rinduuuuuuuuuu, rinduuuu se rinduuu rindunyaaaaaaaa~~~~, namun engkau tak mengertiiii”

satu van sekolah dah macam konsert bergerak, dengan tingkap dibuka luas untuk penghalaan udara serta angin yang lebih efisyen. maklumlah, van dah berusia jadi aircond tidak sedingin first time van keluar dari kilang.

selain dari lagu spoon, jap…mana ada lagu lain lagi dah, balik rumah kena layan siti nurhaliza, amy mastura, the corrs, britney tom tom bak, budak lorong belakang, justin timberlake dan rakan-rakan, nyawa timur, o town. dari dulu dah perasan sedikit, imej sangat mempengaruhi apa yang orang dengar dan lihat. rupa cun sikit, muka jambu. jangan risau boleh laku. takdelah nak kata lagu mereka suck atau tak suka, dah begitu cara industri rakaman gergasi buat duit. memorable laa jugak walaupun tak layan dah sekarang. haha

namun, saat indah hanya bersifat sementara sebelum berubah menjadi sebuat memori. era nu-metal serta lagu rancak memenuhi ruang radio. akibat terlalu dengar hari-hari disamping kaset mat sabu kutuk madey yang bapak pasang. apabenda laa form 1 dah kena dengar political bullshit. pesal entah otak pergi boleh setting ini kaset ceramah. agenda parti politik agaknya punca utama.

habis dengar ceramah, kaset dalam radio proton wira kaler maroon dikeluarkan. kasi ganti dengan linkin park oyeah! CRAWLING IN MY SKINNNNN!!!~~~ bersabar je bapak tengok anak merangkak dalam kereta, teruk sangat ke life sampai menghidap depression. kurang kasih-sayang rupanya anak last dia. jap, tapi fadhli (memang nama sebenar) belanja kaset meteora. jadi celah mananya meteora ada lagu crawling? eh tak kesahlah, yang penting radio dari kereta membawak ke kelas. member sebelah siap perli lagi bila tak menyanyi. “wei radio kita rosak. pi beki ah”. ada sekali one day tengah menanyi, cina entah mana pergi sambung lirik. ceh nak impress orang laa tuh, kunun dia layan apa radio layan.

selang dua tiga tahun kemudian, hitz.fm mula bosan sampai lagu apa mereka main pun takde nilai untuk dihafal. stesen radio hot.fm diperkenalkan oleh media prima. bertujuan untuk bertumbuk pendominasi terkini iaitu era.fm. radio melayu era.fm membawa selera baru untuk pendengar-dengar muda. tidak lagi memainkan lagu-lagu lama seperti rtm. strategi yang membawa hasil tambah pula penjanaan program realiti tivi af. tak melayu namanya tak layan af. hiburan seisi keluarga pada hari minggu, perbincangan utama guru dan murid sementara tunggu perhimpunan yang bosan untuk tamat. budak lelaki cerita pasal nana, budak puan cerita pasal vince. fenomena af membawa satu ombak besar dalam industri seni negara. permodenan lagu melayu bermula di sini. long gone of the lagu lagu sendu leleh cintan-cintun balik-balik tokti menang anugerah. genre pop modern mula naik, seiringan untuk bersaing dengan band-band dari negara pengeluar rokok nusan.

program af kemuncak dia pada af ketiga dimana mamat botak terer azan dari keluarga felda menang. kalau cerita ombak dibawa oleh tsumawi. mau derail dari topik asal. af empat masih ada kualti, walaupun pemenangnya tidak lagi diingati pada keesokan hari dari konsert final. af 5 ada bila terasa rindu nyanyian anak menteri bee end. dan untuk kali pertamanya program pertandingan dimana kaum lelaki menjadi kuasa dominan, berjaya dipecahkan oleh anak mami penang. af 6 walaupun pemenanag bukan semenanjung tapi rating menampakkan penurunan. lima tahun masa yang terlalu lama untuk sesebuah trend muzik mainstream.

tapi tak semua layan af, masih ada sesetengah orang mencari muzik ikut cara sendiri. terima kasih kepada limewire, kalau tak kerana software peer-to-peer. memang takkan dapat bersilang takdir dengan muse. akibat bosan dengan mawi world dalam tv, winamp abang akak habis semua kena teroka. mula-mula bila winamp shuffle lagu muse, mesti skip. yelaa tengok nama band. wtf tak cool giler. but one day it happens when you rasa gi mampus ah dan malas gila nak skip. first time dengar full tanpa skip, ehh hooked up pulak dengan muse. maka disini bermulalah cinta baru dengan muse, serta merta mintak clash dengan linkin park. seiringan dengan muse, band-band uk/us mula kembali mendapat tempat di hati pendengar. billboard seolah-olah tahu “no more fake metal please”, maka arena mainstream dihujani band-band alternative. mcr, yellowcard, muse, arctic monyet, panic! at the disco, fall out boy, hari hijau, hayley williams and three other forgetten band members menjadi runut pilihan bagi playlist anak-anak muda baru habis SPM.

entah bagaimana, seperti cinta yang hilang dalam komunikasi. begitu jugalah dengan hubungan terhadap muse. genre muzik berubah untuk kali entah keberapa. kalau nak dipersalahkan, memang semuanya salah mega man battle network. sambil main game tanpa sound nih sambil itu jugalah on-repeat Hysteria. sampai satu level dah muak, main je laa game dengan OST dia. ehh boleh tahan catchy juga. maka lahirlah satu minat terhadap BGM ataupun OST. warga belia biasalah nak tunjuk dia lain dari orang lain to the point jadi tak terkawal. boleh kata jadi penyebab hilang kawan, siap kena kecam. “apabenda ko layan lagu takde lirik, yang ada lirik pula tak faham apa dia cakap”.

“yang ada lirik pula tak faham…”, ini merujuk pada angin jpop sebab banyak sangat tengok anime, serta pengaruh rakan bukan sebaya. tengoklah apa yang negara karate dah buat pada seorang budak yang tryhard giler nak nampak lain when it comes to music preferences. radio sekali lagi memutarkan lagu, tetapi kali ini kolej dan kali ini lagu pop japan. UVERworld, asian kungfu generation, orange range, aquatimez, janne da arc, yui yoshioka(waifu no.1 jepun) antara pilihan utama. tengah makan kat cafe dengan classmate rilek je pasang earfon kuat-kuat. bodo la wei. punya tak beretika perangai.

penah dengar korea is the new japan? kata-kata itu memang benar, korea datang entah dari mana-mana secara tidak diduga oleh sesiapa, menjadi kuasa besar dunia. vios diganti forte, sony diganti samsung, takuya kimura diganti ‘nama saya rain’, morning musume diganti girls generation. korea sememangnya telah menggantikan japan. cuma nasib baik mereka tak power animu. dan korea juga membunuh cinta aku dan jpop. kembalinya mendengar lagu-lagu lama dan secara tidak langsung bertemu semula dengan muse dan linkin park. tapi reunion sekadar bersifat sementara, kerana mereka sudah hilang sentuhan seperti zaman debut mereka. ia menjadi debat antara peminat. sesetengah berpendapat itu hak mereka untuk cuba sesuatu yang baru, kalau asyik style sama itu tandanya takde kemajuan dan peminat kena support jalan mana sekalipun band feveret mereka pilih. tapi untuk kipas susah mati teras keras, ia hanyalah alasan dikeluarkan oleh band sekadar nak menafikan claim yang menuduh mereka kering idea atau creativity.

personally tak kesah pun route mana nak ambik, nafas baru atau kekal dengan cara sama. asalkan telinga boleh terima cukuplah. tapi hakikatnya tak. muse makin lama makin kureng from their first three albums dan hunting party is the only their good album selepas meteora. so nak layan apa? kita layan green day dulu. but wait, uno! dos! tres! suck. takkan american idiot tiap masa. okay jom try indie pula. butterfingers, meet uncle hussein, estranged, one buck short, bittersweet, the times, laila’s lounge, pesawat, maddthelin, tres empre, couple, dan blablabla bersepah sepah lagi band indie(no masdo or hujan so you can gtfo). ikut lah nak suka band mana, depends kepada genre. sebab bukan semua indie band bunyi sama. indie is just a label.

but indie nih sekadar nostalgia pandering. now zaman youtube/smule. tengoklah artis baru naik bukan sebab program pencarian bakat. tapi sebab viral kat socmed. bagaimanapun, terdapat satu problem, mereka cuma ada satu dua lagu top sahaja. tak lama kemudian menyepi, ataupun sekadar buat show. yelah femes dan kekal lama pun sebab personaliti dan keperibadian, bukannya karya seni yang ditonjolkan. kesah pulak penyanyi baru naik nak release single. bagi satu album laa terus demmit! kalau tak mana nak tau penyanyi baru naik memang betul-betul boleh kekal lama berada dalam industri. bosanlah balik-balik tengok penyanyi lebih cepat masak dari ramen samyang sekadar mampu bawak lagu sama tiap kali buat show.

smule kills indie scene. jadi apa yang tinggal? nothing!

when all hope its lost, a band emerge from the clouded darkness. showing a path that rescues this poor soul. terkenal dengan lagu “sorry you’re not a winner”, Enter Shikari jadi instant feveret, teman pengganti sampai ke hari ini. terasa umpama jumpa life baru bila dengar something yang jarang ahli muzik produced. kadang-kadang geram juga kenapa dari dulu lagi tak discover mereka, atau takde seorangpun member yang layan mereka. The Spark adalah album terbaru mereka released tahun lepas. agak berbeza sedikit pembawakan style tapi masih boleh didengari. sesebuah band atau penyanyi itu hanyalah bagus bila mereka boleh perform dalam recording dan live atas pentas. kenyataan ini benar untuk ES. kalau kat youtube je dah rasa meremang bulu, apatah lagi tengok depan depan. berani bet la. hasilnya barangkali tersangat PHENOMENAL.

sekali-sekala google kat google, “bands similar to enter shikari”. pendedahan mencurah bagaikan ke ladang gandum. banyak lagi sebenarnya band yang best tapi tak femes. lepas cuba dengar satu demi satu, nampaklah bahawasanya genre post-hardcore bukan sekadar hit note tinggi sampai barai anak tekak. band seperti saosin, hail the sun, dance gavin dance, i the mighty, picturesque, too close to touch, artifex pereo, at the drive-in, the fall of troy, thursday, afi, hot snakes, drive like jehu, fugazi, husker du…takkan mengecewakan buat sesiapa yang ingin cuba sesuatu yang tidak ada pada your average generic rock-band. tapi mungkin susah sedikit buat pendengar mainstream. well if you sendiri mainstream listener or prefer sesuatu yang less agressive, then these clearly isn’t made to tailor your suit. tapi tengok dulu buat masa sekarang, kemana angin seni lagu akan membawa haluan seterusnya. tapi selagi waktu itu belum tiba….let’s open this pit up!

jadi bagaimana dengan u’olls semua? biasa biasa atau luarbiasa liku-liku kehidupan sebagai pendengar muzik?

by sghfz

Cerelaka: Hujan

March 25, 2018 in Short Story/Cerpen

Ahmad dan Ahad sedang bersantai di petang Sunday. Ahmad sedang scroll instagram di iPhone dia. manakala Ahad sedang menaip di laptop hakmilik kerajaan. Kedengaran bunyi air singgah atap zink rumah.

“Syukur…hujan membasahi tanah-Mu yang kering ini. sudah seminggu tak ketemu dengan kamu” Ahmad memanjatkan kesyukuran

“Rileks lah, baru satu minggu tak jumpa hujan. jodoh tuu, dekat 25 tahun tak jumpa jumpa lagi. haha” Ahad mencelah sambil cuba berjenaka hambar

“25 tahun je rileks lah. ada yang dekat 30 tahun tak jumpa-jumpa Quran rilek je tengok.” kata Ahmad dengan bersahaja

….

sunyi memenuhi bilik tanpa diundang

….

Ahad memandang jam dinding tanpa memikiran apa-apa.

Dia bangun dari tempat persinggahan lalu sambung berbunyi,

“dah nak masuk waktu Maghrib nih, aku pergi ambik wudhu dulu yer…”

by sghfz

gerak pada

August 7, 2017 in Short Story/Cerpen

Facebook Messenger
scroll kebawah sampai jumpa nama dia. nama dia dekat tengah tapi tak hujung sekali sebab memang jarang cakap. kecuali kalau perlu. ok dah dapat, terus aku tekan dan tekan padam tekan padam dekat kotak mesej. hekelah nak cakap something je bukannya apa pun. act natural sudah. tapi itu isu dunia-pertama dia sekarang. apa yang nampak natural pun dah tak natural kemana. 10 minit terbazir tanpa sebarang hasil sehinggalah aku yakin ayat sebegini takde syak wasangka.
“hi. awak. selamat hari lahir. maaflah wish tengah2 malam. busy sangat sampai terlupa”

ok. send. dan delete history. sebab aku tak suka tengok mesej terakhir kena seen tapi tak reply. tapi dalam hati ada serpihan mengharap agar dia balas. namun aku cuba tampilkan imej kelakian demi untuk mengawal diri dari hilang arah. sambil itu aku sambung tengok 0083 : Stardust Memory. cerita dah sampai kemuncak. fokus!
habis satu episod, aku membelek semula henfon Pixel. oh ada notifikasi FB Messenger dari empat individu berbeza. hati mula saspen. aku tap notifikasi, dan Messenger pun terbuka. kulihat nama pertama, bukan!. nama kedua dan ketiga juga bukan. baru sahaja nak kecewa tapi kekecewan itu terus terhenti apabila melihat nama keempat. walaupun balasnya sekadar satu perenggan berbunyi “terima kasih” tapi sudah cukup untuk membuatkan hati gembira. tamatlah hari pada malam itu dengan kebahagiaan.
tapi tiada kebahagiaan yang kekal lama. ianya berakhir pada esok petangnya. sedang aku melayari instagam ternampak satu post terbaru dari dia. terdapat perubahan pada penampilan serta caption yang buat aku rasa awan mulai mendung walhal dekat luar elok sahaja terik dia. dibacanya pula komen komen yang dihantar oleh orang lain. sah! mimpi terburuk bakal melanda. tapi aku masih inginkan kepastikan. maka aku praktikkan beberapa teknik research dalam usaha aku untuk mencari jawapan.
dengan takdir illahi, aku ditemukan dengan satu posting oleh individu lelaki tidak aku kenal. ditujukan kepada dia. ternyata sangkaan aku tidak dapat disangkal lagi. berbekalkan segala eviden yang aku kumpul maka benarlah, dia kini jadi milik orang lain. hatinya telah lama dicuri, jarinya sudah disarungkan cincin. cuma resepsinya masih belum announce. aku faham benar acara sebegini orang tidak akan dihebahkan. tapi bila dapat tahu secara halus. perasaan dia agak celaka. aku perlukan seseorang untuk diluahkan perasaan kecewa itu, namun aku tidak boleh. sebab kenalan aku kenalan dia jugak. jadi dengan memberitahu mereka, aku bakal kena bahan. dan secara indirect aku pergi announce peristiwa peribadi orang lain.
aku bangkit dari kerusi komputer, membuat satu tawaf kecik di dalam bilik. kelakuan luarbiasa aku disedari oleh osmet.
“Sain ko praktis untuk pergi haji tahun depan atau tengah buang tebiat?” Ken menyapa dari pintu
aku hanya mendiamkan diri untuk seketika sebelum menggelengkan kepala beberapa saat kemudian

“takyah nak bohong la. geleng kepala tapi mata dah berkaca. dari ko bagi body language elok ko story kat aku apa dah terjadi”
aku tidak dapat mengawal tubuh lagi, aku meluru ke arah Ken sambil merangkul tubuhnya seraya melepaskan beberapa esakan. “Calm down man, what’s wrong dude?” Ken cuba untuk melegakan perasaan sengsara pada diriku dengan mengusap belakang tubuhku secara perlahan lahan.
segalanya aku cerita pada Ken, dari pandangan pertama sehinggalah ke stalking terakhir.
“so sekarang nih dia pilih orang lain, tapi bukan kau laa?”
“bukan, aku sesekali tidak pernah dipilih. exceli aku dengan dia masih lagi stranger. kenal dulu sebab study sama-sama”
“then why you’re sulking? i don’t get it”, Ken bila dah mula speaking itu tandanya dia tengah serious.

“sedih lah sebab dia dengan laki lain.”
“aku nak tanya something la. ini first time ke ko ada crush dekat someone then ended up dia dengan orang lain? sebab orang buat teruk bila kena pertama kali. lain dua tiga kali dia hadap je.”
“tak, dah banyak kali jadi macamnih. ekceli bulan lepas dah sekali, sama gak. Stranger”
“then kenapa ko nak sedih sangat, dah sedar ko dengan dia bukan ada banyak mana kenangan bersama?”
“aku nih suck sangat ker?”, aku cuba mengubah hala tuju topik
“entah. mungkin. barangkali. kalau ko dah rasa begitu.”
“kejamnya kau Ken, kau pun nak cakap aku suck.”
“wei mangkuk dengar sini. kau tak ada sebab nak sendu time orang tengah tidur besok nak kerja. carilah apa justifikasi sekalipun but the truth is you’re an insignificant character in their life. sedar diri ko suck? improve lah diri, bodoh. kau lagi rela perkara berulang dari elakkan ia terjadi untuk kali keberapa entah. ya aku tahu ia susah buat kau, tapi kau kena ingat. better kau cuba dan gagal. supaya kau tahu kau menangis untuk apa. ini tidak, cuba pun tidak dah nak sendu bagai. mungkin ko anggap, “nasib baik tak try”. tapi ko tak pernah terfikir ke, apa yang ko buat ini adalah self-fulfilling prophecy. dalam kata lain, takdir itu terjadi sebab tindakan ko sendiri. who knows if you actually give a fucking effort, she may have eyes on you. time nih ko nak brag pasal effort itu ko punya pasal, dapat tak dapat belakang cerita. ko mungkin kalah dalam pertarungan tapi peperangan masih belum tamat. wah berbunga bunga bahasa aku. sebab ko laa…”
aku terdiam sejenak. berusaha untuk memproses segala input dari Ken
“dah, sekarang aku nak ko buat something untuk aku”
“apadia?” aku blur kejap, tadi tengah sedap sound tiba-tiba bagi arahan pulak
“tolong move-on. dan jangan buat benda bodoh. lain hari kalau nampak ko sedih dengan plot lebih kurang sama. Real Grade Unicorn ko, aku suluh dengan lighter. huh, better aku pergi smoke dari melayan ko”
serentak dengan itu, Ken terus hilang dari pandangan mata. aku cuba untuk menelan air liur tapi payah. seolah olah tekak berkeladak dengan kahak. ternyata kata kata Ken lebih pedih dari dapat tahu Daiyan dah ada tunang. semuanya memang salah aku. jadi perlukah aku bersedih? tidak. aku tanak tengok RG Unicorn jadi plastik cair. move-on itu alas sahaja. truth is, Ken mahukan aku bertindak. fine! aku akan buat something.
Facebook Messenger
scroll kebawah sampai jumpa nama dia. nama dia dekat tengah tapi tak hujung sekali sebab memang jarang cakap. kecuali kalau perlu. ok dah dapat, terus aku tekan dan tekan padam tekan padam dekat kotak mesej. hekelah nak cakap something je bukannya apa pun. act natural sudah. tapi itu isu dunia-pertama dia sekarang. apa yang nampak natural pun dah tak natural kemana. 10 minit terbazir tanpa sebarang hasil sehinggalah aku yakin ayat sebegini takde syak wasangka.
“hi. awak. tahniah atas pertunangan awak. saya doakan jodoh awak dengan dia kekal lama”
ok. send. delete conversation.
aku tutup facebook. bukak twitter pula, tiba-tiba muncul satu nama kat timeline. tak tidur lagi makwe indie rupanya. ehh, baru lagi nih, lima minit lepas tuit terakhir dia. masih sempat lagi. ahh lantaklah, nothing to lose pun.
“awak, DM saya whatsapp number jap”

by sghfz

screwing up too much till it would lead to absolute destruction

July 4, 2017 in Dan lain-lain

I thought being a virgin is a cool thing to have. Not having a gf, never been into a date, hands still pure from touching women, befriends with everybody which eventually leads to marriage with whoever i want.

but now i realize its silly, in fact im struggling how to treat the woman that i like

all this started back then when i was a loner while rest of housemate go somewhere with their date, left only me alone with pc and so stupid weird shit like i cant even remember what did i waste my time on back then. prolly something related with weeb-shit. now, to console the feeling of despair, i said to myself that i should be proud of not following the norms, i am what i am, dont force things because everybody’s been doing it. you lead your own life.

yeah sure, a good piece of advice that ended up biting my own ass(because i dont have a tail, so ass).

like i said, now im struggling how to treat some person other than my mom or my sister. its because i dont have a fucking experience over it. every action every words every spoken things made me terrified of the outcome. all these because i want to have a perfection. you see, perfection leads to fear of error, fear of error leads to fear of trying, fear of trying leads to not giving effort or half-assed effort. so yeah, sometimes its good to have flaws or make mistakes, because we can learn from it. just like in class, you wrote the calculation wrongly for the first attempt. but you got it right during second attempt, because you have experience, you know the answer would lead to wrong outcome, and what you’re basically doing is avoiding the wrong route.

now im at the verge of not even having a partner before i have my last breath on this planet

i figured out the importance of dating, its not all about unleash your inner lust. its about understanding your significant other. i mean how else would people be privately open with each other if it wasnt for that relationship status. unless you’ve been bff before the earth was created. being a couple is more than just a status, its a mutual agreement that both parties are willing to give and take to a certain deeper level. sure there will be arguments and disagreement, but its the differences that made you want to respect each other even more than your company ceo or that guy who claims to be our prime minister.

why do unmarried girls prefer married guy even though he is married? because married guy know how to treat his girls, what kind of affection can he provide. sure he is cheating, but is that even the case now? the point remains there, married guys can get shit done better than a virgin who’s clueless about “what am i supposed to do with this girl? eat her?”.

to the single cucks out there, dont be afraid, dont question too much over the logic, make a leap towards that girl you’ve been stalking since day-1. you might not be knowing what do to or fail miserably during first attempt on present day, but ill assure you wont be for the years to come.

p/s: ‘bercinta selepas nikah’ or arranged marriage is for people who cannot decide how he want to lead his life, merely following mandatory stuffs. like how people want to go into science degree, because he was asked to do so.

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top