L.S.A

by L.S.A

Realism

February 23, 2017 in Dan lain-lain

Teriak sang halilintar menyentak,
Peluh membanjir fikiran ku senak,
Norma kelilingku memanggil membidas,
ku tepis, ku libas, tak pernah puas…

Bosan aku mengeluh mendengus,
Norma kembali racun dihembus,
Tak ku beranjak, tak akan juga mengelak,
Ku diam, ku fikir walau sejenak…

Dunia celaru mengharu biru,
Lautan manusia banjir berarak,
Ku senyum ku langkah masih terkedu,
Puas membisu, puas merangkak,
Akhir ku terbang berlepas dibiru,
Memandang ke bawah tersenyum bongkak..

by L.S.A

I Hate Myself…..

February 21, 2017 in Dan lain-lain

I hate myself for not being beautiful like other girls…

I hate myself for not being too bright and shines like others…

I hate myself for not being able to have what others have…

I hate myself for not being unique…

I hate myself for not being talented…

I hate myself because I am too plain…

I hate myself because I have nothing…

I hate myself for being me…

It is disturbing, I hate this feelings…

But,

I hate myself more for not being grateful for everything that I have…

I hate myself more because I can’t see what others see in me…

I hate myself more for not being confident in my own talent…

I hate myself more, more and more for not being able to love and appreciate myself and what I have…

I hate myself for not being able to be me…

You shape yourself so that others will LOVE you, ADORE you, ADMIRE you, PROUD of you…

But you forget to teach your heart to LOVE yourself, APPRECIATE what you have, being GRATEFUL for everything and for those few people who loves you…

You hate yourself because of others want you to…

But I want you to love yourself more than I do…

Love,
Yourself

L.S.A

by L.S.A

Istana Musim Panas

February 16, 2017 in Dan lain-lain

Sejuk membeku menusuk ke tulangku, hembusan nafas membentuk, kulitku membeku…

Tidak seperti namanya, Istana Musim Panas terhenti, membeku segala memori…

Seolah-olah aku masih disana, tatkala aku berdiri di atas jambatan putihnya yang tersergam indah, terbayang ku si Maharaja menyeberangi…

Bersama cinta, bersama duka, bersama bebanan di bahunya… Mencari ketenangan disini…

Tatkala mata hampir bertemu, tersentak aku, dan realiti kembali menyelubungi…

Ku teruskan, namun tasiknya yang terhenti melambatkan langkah, indah… cukup indah…

Ku pejamkan mata membayang lagi si Maharaja, memandang ke arah yang sama, ke arah tasiknya yang membeku juga…

Sayang, sayang mahu meninggalkan kenangan, aku mahu disini, memejam mata, menghentikan masa…

Terpalit seribu cerita, ku lakarkan dan ku simpan, kali ini realiti tidak menjemput, aku tersedar dan melihat realiti meninggalkan ku kehadapan…

Ku percepatkan langkah, tidak mahu ditinggalkan, namun sempat ku menoleh ke belakang, ke arah sang pencuri hati…

Si Maharaja tersenyum, dan pada waktu itu hatiku pasti…

Biar pun tasik membeku ibarat terhentinya masa, namun hati akan masih disini, ia tidak akan cair bersama salji, kering bersama matahari, mahupun luruh bersama angin…

Cintanya sudah berada disini, tidak pernah membeku…

Di Istana Musim Panas…

L.S.A

by L.S.A

Memilih?

February 16, 2017 in Dan lain-lain

‘Kau memilih sangat…’ Halus disuarakan, nada jenaka ditambah, cuba menghilangkan kesan…

Aku tersenyum… Tidak pula terguris, tidak juga menangis…

Sesak. Fikiran ku sesak dengan persoalan. Tiada henti pertanyaan dan akhirnya ku berhenti diakhir persimpangan fikiran…

Oh, aku bukan memilih, aku tidak tahu apa yang aku mahukan… Hipokrit, Palsu, Penipu…

Aku tersenyum… Bukan kerana perit, bukan juga kerana pedih…

Tetapi kerana jenaka yang hati ini lakukan, jenaka yang mendustakan hakikat sebenar kehendak hati…

‘Kau memang memilih!’ Aku menjerit di pintu hati menyalahi segala yang terjadi…

Halus hati menghembus jawapan, ‘aku menipu kerana PILIHAN…’

PILIHAN yang mungkin salah, membuatkan aku membina stereotaip sempurna…

PILIHAN yang terlalu sempurna, membuatkan aku takut, ku biar Dia menentukannya…

PILIHAN yang sederhana, membuatkan aku teragak-agak, mencari permata di dalam timbunan kaca…

Aku terdiam, sesal atas teriakan… kerana dipenghujungnya, aku si perangka pilihan… Pentingkan diri, egois, leka…

Aku tersenyum, bukan kerana menyedari, bukan juga kerana pasti…

Tetapi kerana aku masih disini, tersekat bersama PILIHAN…

Noktah.

L.S.A

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top