Manusia

Aku seorang yang peramah, tapi takut untuk menegur orang. Sebab aku terlalu berfikiran jauh. Tak! Bukan berfikiran jauh seperti Dr Mahathir, itu pintar sangat tu, yang aku maksudkan aku “overthink” di mana minda aku mencipta perkara atau masalah yang tidak wujud dan tidak akan wujud. Akan tetapi, bila aku mula mengenali seseorang, aku akan cuba menjaga hubungan dengannya kerana pada aku, sebuah pengenalan itu tidak akan datang saja-saja. Pasti ada hikmah yang berlaku sepanjang tempoh perkenalan itu. Dan aku, sabar menanti dan menunggu keajaiban itu. Sehinggalah, aku rasa aku perlu berhenti menunggu.

Situasi 1.

Aku suka duduk bersendirian. Aku lebih memilih untuk bersendirian pada sesetengah masa. Suatu hari, aku terserempak seorang budak baru. Biasalah, budak baru selalunya belum ada teman, maka dia pun duduk bersendirian kejanggalan. Aku lebih mudah untuk ‘approach’ orang yang bersendirian. Namun begitu, sebelum aku melunaskan niat murni aku, dia terlebih dahulu menegur aku. Salam perkenalan memula bicara, nama dan nama saling bersapa, sehinggalah nombor telefon bertukar tangan.Aku bantu dia dengan memberi dan ‘update’ nota-nota dann silibus yang dia ketinggalan buat tiga minggu lebih. Dia berterima kasih kepadaku. Sungguh lapang dada dapat membantu orang, senyuman yang dia pamerkan buat aku cukup bahagia sebentar.

Namun begitu, hubungan persahabatan kami hanya berkekalan selama seminggu. Tidak lama begitu, dia punya teman baru. Aku dia hanya lambai dan sapa apabila berselisih. Aku tidak sedih tapi aku persoalkan diri aku “perlukah aku bersedih?”. Tidak jawabku kuat !

Situasi 2

Seorang pelajar yang hidupnya lifeless (study dan makan sahaja). Aku ajak dia bergaul dengan rakan-rakan aku yang aku hanya jumpa pada seketika masa sahaja. Setiap saat setiap masa, kami luang masa bersama. Sehingga satu saat, aku terasa seperti dia menggantikan diriku. Aku seperti diabaikan. Aku bingung dengan diri sendiri. “perlukah aku berasa sedemikian?” . Jangan! jawabku kuat.

Aku mula menyisihkan diri, dan merenggangkan jarak. Aku seperti ada dan tiada bila ketika kami bersua. Tiadaku tidak membawa apa-apa. Adaku juga tidak mendatangkan apa-apa. Aku cuba kuat. Aku tidak ingin kecewa hanya kerana itu. Hidupku bukan bergantung dengan mereka.Positif ! Aku cuba memujuk diri.

Akan tetapi, aku berasa gembira bila ada dua orang yang sudi menemani aku. Aku tidak meluah pada sesiapa pun, tetapi sepertinya yang di atas tahu aku sedang perlukan teman. Mereka ada ketika aku sunyi. Terima kasih ya Tuhan kerana hantar mereka. Walaupun aku sedar kehadiranku tidaklah sepenting mana, namun aku bersyukur ada yang mencari.

Situasi 3

Aku tidaklah ingin tunjukkan yang diri aku ini kesunyian kini. Aku masih beriak spontan dan selamba bila berada di hadapan mereka. Aku tidak kecil hati. Tapi aku selalu mengecilkan diri.

Kali ini, seseorang menegur aku. Namun, dipendekkan cerita. Aku dipergunakan. Bila masa aku berguna, dia rapat dan dekat padaku. Bila masa aku seperti tidak berguna, dia sisihkan aku. Aku hanyalah apa di mata dan kepala dia? Dia malukan aku dengan kata-katanya yang mungkin pada dia hanya gurauan namun kasar pada penerimaanku. Tidak aku ambil peduli andai kata maaf dia lontarkan. NEGATIF! Tiada kata maaf sekalipun dia ucapkan.

Ingin sekali aku berbaik sangka, namun sangat mengguris hati. Lebih-lebih lagi apabila dia lebihkan yang seorang ini daripada aku. Kelihatan ‘bias’ tetapi aku hanya bertindak tenang. Keadaan sebegini membuatku lebih kuat menahan sabar.

Berdasarkan tiga situaasi tadi. Aku sudah cukup serik dikecewakan, mungkin sebab aku berharap lebih atau menyayangi lebih. Aku tahu dan aku sedar, semuanya terpulang dari diri sendiri sama ada penerimaan kita baik atau pun tidak.

Mereka mula mengatakan aku bermasalah sedangkan merekalah punca masalah itu.

Mereka mula mengatakan aku berubah, sedangkan merekalah sebab aku berubah.

Mereka berubah aku diam seribu bahasa dan membatukan diri. Aku berubah sedikit mereka dah mengata dan berfikir negatif.

Aku malas untuk mengenali manusia. Aku malas untuk mendekati manusia. Dan aku malas untuk menyayangi manusia.

Sumber kekuatan aku pada masa ini adalah kerana aku masih punya Tuhan dan keluarga. Aku bersyukur kerana itu. Alhamdulillah.

Posts created 2

2 thoughts on “Manusia

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: