Maaf

Cinta sayang minat dan suka

Semuanya membawa erti yang berbeza

Akukah yang tersalah bicara

Sehingga dia menganggap aku mencintainya

 

Sumpah demi Tuhan yang Maha Berkuasa

Tidak pernah terlintas di fikiranku

Untuk memberi harapan kepada dia

Tidak pernah aku terdetik

Untuk mencampak dan menghancurkan

Sekeping hati miliknya

 

Maaf

Hanya itu yang mampu aku ucapkan

Buat kepingan dan serpihan hatinya

Yang telah hancur berderai

Tidak pernah aku sangka

Gurauan yang aku berikan dulu

Akan menghancurkan dirinya kini.

Posts created 2

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top