long live ARIA’S

“You call this music?”

Uh-huh.

Ariz dengan pen di tangan, di tengah-tengah strokesnya selamba bertanya. “Uh-huh.” Aria tenang menyiapkan solekan mata di hadapan cermin di ruang tamu. “It’s MY music, abang.” Sengih.  Aria menentang mata yang bertanya tanpa insurans. Pedih. I wish my heart didn’t feel like it was shattering inside of me. Solekan mata berona oren, edisi musim panas barangan kosmetik berjenama Korea disiapkan dengan sentuhan glitter di tengah-tengah kelopak mata atas.

Penggilat bibir dioles di atas gincu berona sakura menyempurnakan solekan berinspirasikan drama-drama Korea. Lagu yang berkumandang dari pemain muzik di telefon pintar ditutup.

Ariz memang mulut pedas, jenis tak makan saman. Dah biasa.

“No offense. But you should put more effort on the arrangements.” I’m offended.

“It sounds cheap.” I don’t make classical music, so what?

“Nyanyi ke bercakap? Kah!” It’s a rap, for goodness sake.

“Lirik ko tu emo sangat.” I wrote what I feel.

“Cubalah nyanyi lagu bermesej sikit.” Let me live, please.

Tak pernah sekali pun abang puji karya dia. Abang Ariz, pelukis komik. He is self-made. Majalah-majalah karikatur tempatan sekarang dah tak berapa nak mendapat sambutan. Banyak yang dah gulung tikar. Ariz mula bergiat aktif jadi web-toonist masa zaman belajar dan tuah badan dan bakat webtoonsnya mula mendapat tempat di hati peminat-peminat komik tanahair.

He thinks that my music is a crap.


Aria meletak mikrofon kembali di mic stand. Alunan dari kumpulan buskers Aria’s berhenti rehat untuk sesi ke-2. Melodi instrumental Yiruma-Kiss the Rain dan hingar perbualan mengisi ruang.

“ Ben, lagu aku tulis teruk sangat ke?”

“ Ni soalan nak minta puji ke apa?”

“ Soalan nak tau jawapan serius.”

“ I like it. I like your musics.”

“ Jangan lah cakap nak jaga hati.” Tapi okaylah daripada abang yang tak reti jaga hati aku. Cis.

“They like your musics.” Huh. Mata mengikut arah telunjuk ke sebuah meja dihuni 4 orang remaja awal-20 an di sudut kafe.

“Aku tak tahulah kau memang tak perasan ke apa. Tapi, they are regulars.” Duh. Aria tepuk dahi. “Diorang suka makanan sini.” Kot ya pun nak bagi aku nampak sedikit sinar harapan dalam perjalanan seni muzik jalanan aku yang kelam suam-suam kuku ni, memang nak jaga hati member.

“They are your fans lah. Our fans. Aria’s fans.” Aria menangah Ben dengan pandangan separuh percaya. “Diorang kat sini setiap malam Jumaat dengan Sabtu je, malam yang kita busking kat sini. They always request for another one last song. They sing along to OUR good times.”

Good times lagu akustik dengan beberapa chord gitar sahaja. Aria tulis lagu tu dari inspirasi memori indah, awan biru dan bintang terang. Yang baik-baik sahaja.

Muzik adalah ruang tanpa segi untuk lari dari dunia. Infiniti. Dunia untuk menyimbah rasa dan emosi, dengan acuan sendiri dalam dunia tanpa sekatan; seni. Dunia kecil tempat dia merasa bebas dan selamat untuk alter-egonya. Tak kebas dan rimas dengan garis pandu macam kerja hari-harinya dalam bidang perakaunan.

Bukan duit hasil seni yang bagi dia makan tapi sedikit masa yang diluang untuk minatnya yang beri dia sedikit ruang untuk bernafas. Bebas. Mungkin juga kerana personalitinya sebagai ‘campaigner’ yang buat dia tak betah berlama-lama tersekat dalam dinding yang terbatas. Dan kerana seni adalah bersifat peribadi, dia tak minta diminati. Dan dikeji, terutama yang datangnya dari kelompok peribadi.

 


Sneakers disusun di rak kasut. Kunci kereta digantung di rumah kunci. Ariz dan sorak penyokong yang bergaung daripada televisyen yang menyiar perlawanan bola di ruang tamu tak diendah. Langkah diatur ke biliknya.

“Lambatnya ko balik.”

Perform kat Sakura Kafe.”

“Ceh, perform.” Sinis.

Okay, that’s it. Langkah ke bilik terhenti. Dipusing ke arah sofa. “Why do you hate me?” “Apa?” Mata Ariz tak beralih dari skrin televisyen, hanya mengangkat kening bertanya. Beg sandang dihempas ke sebelah Ariz. Geram. Aria menghempas punggung di sebelah Ariz. “ You always mock my music.” Ariz tersentak. Aria menentang mata abangnya.

I get it. You don’t like my songs. It’s not to your liking and that’s okay.” Suaranya meninggi.  “ YA FAHAM. You don’t have to like it.” Suaranya yang tegang, berubah nada. Matanya bergenang. “But you don’t have to hate it.”

Ariz terdiam, terkesima, pahit liur yang ditelan. “Aku.. aku saja je, nak gurau-gurau.”Aria ketawa, pahit. “You said mean things many many times about my stuffs TO- MY- FACE and now I’m confused, are they just jokes or you really want to hurt me?”

Aria tidak mahu berlama-lama di situ. Sebuah komik yang bersaiz A4 dari beg dukung belakang dihempas ke meja kopi. Ariz berkerut. Gila emo budak ni. Di muka depan komik Kampung Boy hadiah Ariz untuk ulang tahun dia yang ke-12 tertulis dengan marker hitam “I like Lat’s better than yours. Ahah!”

Ya. Childish. But taste your own medicine Ariz ahah! Lama aku sabar.


Jumaat malam.

Kafe Sakura tema akustik. Aria melempar senyum pada pelanggan Kafe Sakura. Lirik mata jatuh pada 4 orang gadis pelanggan setia Jumaat malam di kafe sakura. Dia senyum meleret ke telinga. Senyumannya dibalas dengan lambaian dari 8 tangan yang tergantung di udara dari meja di sudut kafe itu. Betullah kata Ben. 4 orang peminat setia Aria’s.

“Hi.” Aria menyapa semua. “To all, I’m hoping our next song will give you guys a little comfort.”

Petikan intro Good Times daripada gitar Ben berlagu mengisi ruang.

“Hoping to be heard, but the melody is not loud enough….” “And my voice sinks in the depth of your story.”

“Well maybe, maybe.. I should quit and end it all here..” Sendu.

“But times when they hum to my song.. la la la la” La-la-la bersambut. “Even their coffee cups are empty, time like this remind me yeah ahhh….”

“of the good times..and warm cookies..” Senyum mekar di hujung not.

My small gig. I live for this small crowd. For this small crowd who clap and sing along to my rhapsody and melody.

“Okay, for one last song tonight is there any special request?” Aria menebar pandangan mesra ke sekitarnya. “Smelly cat- Phoebe!” Semangat seorang pemuda yang duduk bersendirian di meja untuk 2 orang melaung. Lelaki bertopi hitam yang menutup hampir separuh wajah dengan cawan kopi mengelak matanya.

“Request dari?” Sengaja Aria bertanya pada sosok yang mencurigakan itu. Lelaki itu berjalan ke pentas kecil di sisi kafe. Dia mengambil mikrofon yang dihulur. Dia sengih, segan. “Hello, hello. Request dari Ariz, dengan ucapan I is sorry, and let’s give it up tooo… Aria’s”. Wuhuuuu! Para pengunjung yang masih setia di Kafe Sakura bersorak menyambut. Kah! Memang aku kenal topi F.R.I.E.N.D.S tu.

Weng! Ben dah mula menggoreng intro Smelly Cat. Uh-huh.“Smelly cat.. smelly cat..what are they feeding you…..” Ramai-ramai. Tangan bergentayangan di udara. Mikrofon ditala kepada penonton. “Smelly cat it’s not your fault…!” Ceria dan harmoni.

 

Kepelbagaian tidak harus menjadi satu masalah. Lebih harmoni kalau kepelbagaian dan pilihan dihormati, kalau tidak boleh dirai. Kebencian yang disemai semata-mata kerana tak senang dengan kelainan adalah keangkuhan. Cerca yang melata membunuh ria dalam senyap. Lenyap. Merayap dalam pembuluh-pembuluh darah kecil di dalam sel otak yang menyumbat logika dengan emosi dan depresi. Membuat aku terinfluensi dengan benci. Lupa akan aksara seni yang aku susun untuk memanifestasi, bukan untuk difahami, disukai. 

 

f.h (ft good times lyrics by n.a)

Posts created 51

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top