lihat.

pada suatu detik
maha pemberi perasaan;
aneh menjalar menagih perhatian
suatu bahasa sunyi,
nyanyi tanpa alun,
saksama mencari tujuan;
dalam lunak pandangan,
hati yang meronta pada tuhan,
minta dikurnia sebuah cinta,
bertindan kiasan.

lalu gerak mata itu,
berlari kembali menuju yang benar,
enggan ditahu sejuta rasa,
lemas dalam pandangan penuh harap.

namun tidak lama,
detik itu dimahu semula.

desak nafsu meratah iman,
lenyap sebuah tangis pada dingin malam,
dalam hamparan sejadah,
wajah menghadap tuhan namun hati menghadap insan.

terlalu ingin hatinya pada pandangan si bunga,
berharap dalam senyap,
namun bingit mendesak,
agar luas dibuka tirai kebenaran,
sebuah perasaan;
kerana tuhan.

Posts created 7

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top