Left Unspoken

Sudah beribu kali aku tarikan jari yang duduknya pena,
Berpuluh ribu kali fikiran ini berpusar
Benda yang sama, tiada yang beza.
Hal ini kerana,
Air tidakkan sampai ke pasu bunga,
Kertas tidakkan sampai ke tangan kau,
Kata-kata tidakkan sampai ke telinga kau,
Hanya luahan kosong yang sia-sia.

Tapi, ingin aku utarakan satu benda,
terima kasih.
Terima kasih kerana telah menyelamatkan diri kau sendiri.
Kerana diri aku yang sebenar, pasti kau akan jijik jika kau mengerti aku yang sebenar.

Aku akan koyak-hancurkan semua hati yang diberi,
termasuk aku punya sendiri.
Tidak terkejut jika aku akan bersendirian di kemudian,
Ditinggalkan, keseorangan menunggu masa
Keras, seperti batu ais, hati.
Makin lama, makin keras. Menunggu masa untuk bertaburan di atas lantai.

No, I don’t want to be saved.
Save yourself.

Kerana aku tulis untuk aku
Posts created 22

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top