LATISYA

Kisah 2 orang lelaki mati dibunuh serentak di belakang lorong Jalan Haji Taib menjadi judul utama akhbar hari ini. Aku menyelak beberapa helaian surat khabar sambil mencicip teh o panas yang disediakan oleh Mak Yam. Berdasarkan kandungan surat khabar ni, dua lelaki tersebut yang bernama Low Su Fong dan Ahmad Khairi tersebut dibunuh dan dapat dibuktikan dengan kesan tikaman dan tetakkan di leher pada setiap anggota badan mangsa tersebut. Ngeri. Tapi aku hiraukan saja kes tersebut. Lambat laun orang akan lupa juga.

“Kau tak payah sangat lah nak baca surat khabar tu.. semua tu bodoh je”Sapaan Mak Yam membuatkan aku terbantut untuk terus membaca. Aku memandang tepat pada biji mata Mak Yam. Jelas Mak Yam menunjukkan riak kurang selesa.

“Tak payah nak pandang aku macam tu sangat lah! Nah, malam ni kau ada customer, aku rasa dia dalam lingkungan 30 macam tu. Bertuah jugak kau kan? aku ni dah tua, tak ada siapa lalu dah nak sekatil dengan aku” Mak Yam mencuit bahu aku kemudian bersambung.

“ Kau tu kira ok lah.. ada jugak nak dekat kau, walaupun kau ni bukan anak dara lagi… bersyukur lah, kalau tak kau dah merempat dekat luar tu. Laki pun tak nak”

Aku hanya mendengar saja apa yang Mak Yam tengah bebel tanpa reaksi.

“Kau ni pekak ke apa? dah lah! ikut suka hati kau lah yang oi. Nah! Aku ada beli baju baru, kau duduk sini dan siap. Nanti customer datang. Kau tunggu sini.” Mak Yam baling pakaian tersebut dan aku mencapai tanpa mengucap terima kasih.

“Kau ingat eh yang kau tu pelacur je dekat sini. Kau jangan harap kau boleh balik” Mak yam menoleh ke belakang dan memberi amaran kepada aku sebelum beredar pergi.

Aku bingkas bangun dari katil dan membuka pakaian aku yang lusuh ke pakaian yang lebih selesa. Aku pergi ke cermin panjang untuk menilai diri aku dari segi pakaian. Boleh tahan taste Mak Yam. Cantik juga dress merah yang simple dan terbelah di bahagian dada yang amat seksi. Walaupun singkat…tapi… apa aku kesah kan? Untuk menarik perhatian dan nafsu customer aku, aku memakai push up bra untuk menampakkan lagi lurah dadaku. Aku melihat diriku di depan cermin panjang lagi dan aku tersenyum bangga. Bangga akan kecantikkan diri aku. Bangga akan kelicinan kulit aku. Bangga dengan badan aku yang ramping. Mungkin ini satu obsesi ataupun bukan. Ntah aku pun tak tau.

Serentak itu, pintu aku diketuk beberapa kali. Aku terus mencapai minyak wangi dan memicit sedikit dekat leher, pergelengan tangan. Selepas puas dengan diri aku, aku terus membuka pintu. Sangkaan aku tepat. Seorang lelaki di dalam lingkungan 30-an berdiri di depanku dan kelihatan Mak Yam tersenyum nakal dekat lelaki itu membuatkan aku marah.

Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik aku tanpa menghiraukan Mak Yam. Apa yang aku boleh katakan ialah, lelaki ini lebih kemas daripada pelanggan pelanggan aku yang lain.

“Saya belum kahwin” lelaki itu membuat pengakuan secara rawak. Macam tau tau je apa yang aku tengah fikirkan. Aku hanya mengangguk dan senyum.

“ Nama saya Naz, awak?”

Aku menggeleng kepala dan terus membuka bajunya… dan barangkali nafsunya turut melonjak, dia turut meramas buah dada ku agresif. Sebagai pelacur yang sudah bertahun membuat servis ini, aku tanpa ragu terus membuka seluarnya dan dia turut melakukan perkara yang sama pada aku dan akhirnya kami berdua landing atas katil. Tanpa pakaian. Pantas kan?

“Awak masih tak nak bercakap?” tanya Naz selepas kami berdua selesai namun aku hiraukan saja soalan Naz.
Aku toleh ke kiri manakala Naz baring melintang sambil memandang kipas di atasnya.

Kedua irisku melirik pada tajuk utama surat khabar harini. Aku tersenyum. Aku sendiri tak tau kenapa aku senyum. Gembirakah aku? Ntah. Aku sendiri tak pasti. Apa yang aku pasti ialah Naz sudah dibuai mimpi disebelah aku.Sambil memeluk badanku yang masih lagi mengiring kekiri. Tidak menghiraukannya. Kami berdua bogel dan badan kami disaluti dengan comforter putih. Aku jadi kurang selesa dan geli bila lelaki ataupun pelanggan pelanggan aku tidur dan memeluk badan aku. Aku terus pusing ke arahnya dan menolak badannya perlahan lahan ke tepi. Aku meneliti muka Naz dengan teliti. Boleh tahan handsome orangnya. Kacuk mat saleh kah Naz ini? Kulit mukanya putih. Wajahnya manis saja. Ni kalau aku terserempak di tepi jalan pun, tak kan pernah terlintas di dalam kotak minda aku ni yang Naz mungkin akan meniduri seorang pelacur. Bukan apa, tapi muka Naz lain daripada lain. Tak seperti pelanggan pelanggan aku yang dulu dimana diantaranya tergolong daripada kalangan ahli ahli korporat yang pernah cuba meniduri aku. Dulu aku masih dalam kategori ‘muda dan ketat” memang tak pelik lah bertubi tubi kategori sial macam ni datang memanggil aku untuk memenuhi nafsu syaitan mereka dengan layanan kelas pertama aku. Dasar manusia, pandai sungguh bercakap. Janji itu ini. Tapi, apa tak ada, dasar penipu. Sekarang, aku sudah hampir memasuki 30 an. Rezeki aku semakin hari semakin sikit. Terpulang lah kalau ada pelanggan ataupun tidak. Selama aku berjinak dalam industri ni, aku sering dibawa pulang ke rumah pelanggan. Kira jarang lah pelanggan aku nak datang ke sini. Tindakan Naz ni boleh dikatakan pelanggan pertama aku yang masuk ke bilik ini. Adakah aku terkejut dengan tindakan Naz ni? ntah aku pun taktau.

Bunyi dengkuran Naz sangat membingitkan aku.Mau saja aku lari ke luar menghisap rokok tapi apakah daya.
Nanti Mak Yam ingat aku nak lari pulak. Susah tu. Maka aku tanamkan saja hasrat aku itu. Oh yeah, korang mesti tertanya tanya berapa lama dah aku berada dalam industri ini? jawapannya hampir 18 tahun. Aku dihantar ke sini dan memulakan khidmat aku sebagai pelacur bermula umur 16 tahun. Jalan ceritanya sangat panjang tapi jangan risau, aku pendekkan je lah cerita dia.

Aku lari daripada kampung untuk berkahwin dengan suamiku pada umur 16 tahun. Dah umur pun 16 tahun. Mestilah aku naïf dan bodoh waktu itu. Maklumlah, orang excited bercinta. Pantang sikit dengar lelaki lahanat cakap manis.Apa apa pun, aku mengikutnya ke Kuala Lumpur dan dia cakap yang ini akan jadi tempat sementara untuk kami berdua tinggal manakala dia akan keluar untuk mencari nafkah. Tapi biasalah lelaki, mana reti balik. Silap hari,aku dapat tau yang suami aku itu lari dan menjual aku sebagai pelacur and pejam celik pejam celik…
Dah hampir 18 tahun aku dekat sini.

“I cakap dekat Mak Yam yang I nak bawak you balik, so you siaplah sekarang” Naz memberi ‘salam’ dan ‘salamannya itu’ disambut dengan anggukan aku. Naz tidak peduli dengan reaksi terkejut aku. Ntah bila dia bangun pun aku taktau.
Aku bingkas bangun dari katil walaupun jantung aku berdegup laju akibat kaget dan terus memakai pakaian yang aku pakai tadi. Dalam keadaan sibuk memakai baju,secara tak langsung Naz mencapai tanganku dan memberi kucupan pada bibirku. Reaksi aku yang terkejut membuatkan tindakan refleks aku terus menolaknya ke tepi katil. Barangkali Naz sedar yang tindakannya itu membuatkan aku kurang selesa, dia terus memberi isyarat bahawa dia akan menunggu aku di luar sementara menunggu aku siap. Rambutku yang panjang aku ikatkan bun agar lebih kemas. Aku mencapai beg silang, rokok dan surat khabar tadi. Usai selesai, aku keluar dan terus menarik tangannya dan kami berdua berjalan sambil tangan aku memimpin tangan Naz. Aku mempercepatkan langkahku berjalan keluar agar tidak terserempak dengan Mak Yam. Bukan apa, memanglah normal untuk pelacur seperti aku keluar dengan pelanggan. Tapi… aku kurang senang dengan sikap ‘ramah’ Mak Yam.

Sebaik saja kami keluar daripada Rumah pelacuran ataupun dikenali sebagai Rumah merah. Memang bertenggek-tenggek lah pelacur di luar berdiri menunggu customer. Ada yang sedang menunggu di tepi bahu jalan, ada yang sedang ‘mengumpan’ pelancong pelancong yang lalu lalang disitu. Tapii aku hiraukan aja. Janji aku sudah puaskan customer aku.Itu sudah cukup memandai buat aku.

Sebaik kami berdua sudah berjalan jauh, aku mencuit bahu Naz dan memberi isyarat kepadanya untuk jalan dahulu sementera aku betulkan tali kasut aku. Dengan peluang aku ini, aku mengambil kesempatan mengambil Beretta M9 aku dan aku tujukan pistol tersebut ke arah Naz.

“You”
Naz menoleh kebelakang dan terkejut melihat aku berdiri dengan Beretta aku.“You tanya nama I siapa kan?”
“Tapi sebelum tu, you ni bodoh lah Naz” aku senyum sinis.
“Tau kenapa I cakap you bodoh? Sebab lelaki semua bodoh”
Barangkali Naz takut dengan tindakan drastik aku, dia terus cuba mengambil kesempatan untuk lari.
“You fucking stand there and jangan bergerak sebelum I tembak you!” aku memberi amaran keras.
“Dasar lelaki dan nafsu, you pun sama Naz. Lelaki dan nafsu gila tak boleh berpisah. Bodoh. Dasar Jantan. ”
aku menarik nafas manakala air mata aku mengalir laju. Secara tidak langsung, wajah suamiku muncul.
“Any last word, Naz?” aku lap air mata ku.

Aku sentiasa beri peluang kepada pelanggan pelanggan aku ataupun lebih dikenali sebagai mangsa mangsa aku untuk memberi kata kata terakhir dan ada saja yang merayu agar aku lepaskan mereka tapi Naz lain, dia hanya memilih untuk diam.

“Goodbye Naz” aku menarik picu dan sekali gus terlepas bunyi ledakan yang kuat.
Maka, terjelupuk lah badan Naz di hadapanku. Di belakang Lorong Haji Taib. Darah memercik keluar melalui kepalanya. Aku mengambil pisau di dalam beg aku dan menikam di bahagian perutnya bertubi tubi sehingga menembusi badannya. Kemudian, aku menghiris kulit di bahagian lehernya dan memotong bahagian kemaluannya.
Sial. Kau memang patut mati pun.

Selesai urusan aku, aku mengambil tisu dan lap pisau aku yang berlumuran darah dengan berhati hati agar tidak meninggalkan kesan. Sambil itu, aku meneliti wajah dan badan Naz yang dilumuri darah.

“malangnya mati macam ni” aku mengomel sendirian. Barangkali, perasaan benci aku terhadap lelaki makin membuak akibat tindakan suamiku yang menjualku demi kepuasan orang lain. Sejak haritu, aku anggap semua lelaki adalah sama dan patut mampus. Aku mengambil sebatang rokok Malboro untuk dihisap. Tanganku secara tidak langsung mencapai surat khabar yang berada di dalam beg tadi dan aku membaca kandungan surat khabar itu sekali lagi sekali sebelum aku letak surat khabar tersebut di sebelah mayat Naz dan berlalu pergi.

Reaksi aku? aku hanya mampu gelak sinis. Macam aku cakap tadi, lelaki macam ni memang patut mati pun. Malahan, semua pelanggan aku sudah menjadi mangsa korban aku-

Mahupun ahli korporat, ‘ustaz ‘, pelajar pelajar sekolah dan sebagainya.. Aku tak rasa aku boleh senaraikan semua sebab terlalu banyak. Tapi aku boleh ambik contoh mangsa mangsa terdekat. Bagi aku,lelaki seperti Low Su Fong, Ahmad Khairi, Naz memang patut mati. Dan mereka berhak mati dalam keadaan seperti itu.

Aku menoleh ke belakang untuk melihat mayat Naz yang berlumuran darah itu sekali lagi sebelum pergi.

 

Oh yeah, sebelum aku lupa, nama aku sebenarnya ialah
Latisya.

Posts created 1

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top