Hati wanita itu tangguh,
Tetapi dengan hanya secebis perkataanmu,
Dapat membuatkan hatinya layu,
Yang tadinya gagah melangkah,
Jadi ingin dipapah,
Kerana begitulah azalinya,
Dia tidak diciptakan untuk sendiri,
Bahkan untuk menemani,
Dan kau yang merasa berkuasa,
Cukuplah untuk tahu dimana perlunya,
Jangan sewenangnya berbicara,
Kerana mungkin mudah bagimu,
tetapi pedih bagi dia.