KLCC Hilang (BAB 4)

Entah bagaimana hendak menghuraikan keadaan udara ketika itu. Semua perasaan seperti telah dilontarkan ke ruang kosong sekeliling mereka. Kesedihan, kemarahan, ketidaktahuan semua bercampur baur seperti perencah dan lauk-lauk ibu ketika menyediakan makan malam.

Ataupun seperti anak-anak muda di pawagam berdekatan selepas tamat peperiksaan?

Hmm. Banyaknya perbandingan hendak dibuat tapi tiada masa.

“Pak Samad, jadi macam mana?” Johari bertanya.

“Tenangkan, tenang, tenangkanlah fikiran..” Ismail menjawab.

“Mail, kau berhenti jap dengar MP3 lagu Takahara Suiko tu” Ismail ditegur.
Johari masih lagi terkeliru kenapa tiba-tiba Pak Samad berubah fikiran. Mulanya tidak mahu dia si Ismail ikut sekali.

“Panas sangatlah dalam kereta, nak tunggu kamu memang lambat lagilah”

“Oh.. Baiklah Pak Samad” Ismail akur.

Nampaknya, Pak Samad masih ada lagi sedikit kuasa ke atas Ismail untuk Ismail menurut sahaja kata Pak Samad tanpa sebarang bantahan. Sejarahnya mungkin belum lagi dapat dirungkai sebab aku sendiri pun tak tahu lagi plot development untuk benda ni. Mungkin bab 5 ada explanationsikit.

Jadi, mereka memulakan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur. Sudahlah mereka agak jauh di dalam tanah Kelantan itu, hendak sampai ke sempadan pun mengambil masa yang lama melalui jalan-jalan yang kecil. Tapi tidak apa, Johari sudah biasa.

Johari sudah mahir, pengalaman dia mengangkut kelapa menjadi senjata utama di jalan raya.

“Johari, kau hendak guna jalan yang mana satu?” Ismail bertanya.

“Aku rasa baik guna Gua Musang terus turun Simpang Pulai” Johari menjawab.

“Lalu Cameron boleh?” Suara kecil terdengar di belakang.

“… Arif! Bila masa kau ikut?” Pak Samad menegur.

Johari dan Pak Samad di hadapan menoleh ke belakang dan mengusap anak rambut Arif.

“Takkan aku nak tinggalkan budak ni kat rumah sorang-sorang?” Rasional Ismail.

“Dia tak sekolah ke?” Johari sekali lagi bertanya.

Maaf, dalam cerita ni banyak tanya-menanya. Kalau korang nak join, silakan.

Haha. Cakap sorang depan screen.

“Alah, esok kan Khamis, skip satu hari takpe kot. Tengok tu dia bawa buku sains. Keep it ilmiah, bak kata Englishjer!” Ismail mempromosi.

“Kau boleh berhenti promote orang tak?” Johari berbisik di telinga Ismail untuk semua orang dengar.

Pak Samad berdiam diri sahaja. Seolah-olah dia sahaja yang risau akan keberadaan Wani, kakak kepada Johari, anak buah kepada diri beliau sendiri..

“Dan bekas tunang Ismail..” Arif bersuara.

Terima kasih, Arif. Banyaknya plot aku kena explainsekarang.

Pak Samad meneruskan perbualan dengan Arif, sekarang dia sudah ada alas an untuk tidak melayan sangat si Ismail. Ismail juga lega. Dia mengeluarkan buku nota berkertas kuning dan mula melukis dan melukis.

Dia bersandar dan melihat sekeliling. Dia membayangkan dan melukis keadaan tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur dengan ketiadaan mercu tanda gemilang itu.

Tiada siapa yang memikirkan tentang masa ketika itu. Setiap satu tanda indikasi jarak ke Kuala Lumpur mereka lalui tanpa dikira. Arif pun tidur, tinggal yang dewasa sahaja. Pak Samad masih lagi tidak mahu bersuara ke arah Ismail.

“Johari, singgah kejap RNR Gua Musang boleh?” Ismail meminta.

“Hmm. Singgah lama boleh? Aku nak guna tandas.”

Ya Allah hambarnya.
He spends waaaaaaaaay too much time on this, but he finds joy in nothing else. Go easy on him.
Posts created 734

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top