KLCC Hilang (BAB 1)

Qayzr
“Ah, jangan percaya semua ni!” Kata Pak Samad.
Yang muda sekitar Pak Samad mengangguk. Yang sebaya, mereka lebih bersuara. Mereka duduk berempat bersama di hujung Machang tapi Pak Samad bercakap dengan semua yang datang untuk minum petang di kedai kecil itu. Dia sudah berdiri.
“Tapi betul Pak Samad, KLCC hilang! Adik saya belajar di KL cakap memang hilang!” Seorang pemuda dengan lantang menjawab.
Semua riuh rendah. Pak Samad tergerak hati untuk ke Kuala Lumpur yang sudah lama dia tidak kunjungi. Berita itu sangat baharu, dan televisyen tidak menerangkan apa-apa. Bagi yang ada kemudahan Internet, nampaklah mereka kekosongan yang menakutkan di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur yang selalunya terpacak ikon negara itu. 
Tapi gambarnya cuma tiga, dan cuma tiga itu yang dikongsi di laman-laman web. Kenapa cuma tiga? Cuma tiga itu terbaik? Mana bukti-bukti lain bahawa KLCC memang sudah lesap?
“Kosong. Kalau KLCC tiada, Kuala Lumpur bukan lagi Kuala Lumpur..” Itu yang berlegar-legar di minda sesetengah mereka yang hadir.
“Mohon jangan merepek. KLCC nak ke mana? Dah nama pun KLCC.” Seorang wanita muda membaca tweet kawannya.
Dia gelak. Dia pun berkata, “betullah! Kita semua nak percaya. KLCC hilang pun percaya. Merepek betul”
Dia berdiri di kedai kecil itu dan mencelah.
“KLCC nak ke mana? Dah nama pun KLCC! Kalau dia pergi tempat lain bukan KLCC lah!” Dia berkata, tanpa loghat Kelantan yang dia sebenarnya sudah terbiasa.
“Hoi diamlah!” Seorang pemuda di belakang melontarkan suara.
Gadis itu berlalu pergi. 
“KLCC hilang! Kenapa semua tenang sangat?!” Seorang lelaki yang agak dewasa dalam kumpulan itu ketakutan.
“Sayang, duduklah dulu” isterinya cuba menenangkan suaminya.
Tiba-tiba televisyen diberi perhatian lagi ketika berita tengah hari stesen televisyen swasta ke udara.
“Berita Terkini: ikon negara, Menara Berkembar Petronas  telah hilang pada sekitar 10 pagi tadi dan pihak berkuasa masih runsing dengan fenomena ini. Kawasan pusat bandar Kuala Lumpur telah ditutup dan dibawah kawalan pihak tentera”dengan nada tegas pemberita itu menyampaikan.
Kemudian ditunjukkan gambar di pusat bandar Kuala Lumpur.
Tiga gambar yang sama. Tiada gambar sudut pandang lain, tiada gambar yang menunjukkan tentera.
“Mana video? Takkan tiada?!” Lelaki beristeri itu sekali lagi berdiri.
– Tamat Bab 1 – 
He spends waaaaaaaaay too much time on this, but he finds joy in nothing else. Go easy on him.
Posts created 731

One thought on “KLCC Hilang (BAB 1)

Leave a Reply

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
%d bloggers like this: