Kita Di Zaman Ini (Nostalgik 2009)

Channel Satu:

Berita petang.

Pak Atan tidak puas hati dengan pengurusan sebuah salon yang berhampiran dengan rumahnya. Ditayangkan kepala botak Pak Atan. Licin. Apa masalahnya?

Pak Atan cakap “Pak Cik suruh gadis salon tu potong rambut gaya ala Mawi, bukan botak. Pak Cik tegur, dia marah? Pak Cik kesal. Pak Cik sebagai pelanggan pula dimarah., sambil mengesat air hingus yang tiba-tiba meleleh.

Pertama, gaya Mawi sudah basi.

Kedua, ‘Si Gadis Salon’ tiba-tiba muncul lalu bergaduh secara langsung di kaca televisyen. Kedengaran suara garau dari ‘gadis’ tersebut.

Erk?

Channel Dua:

Tom mengejar Jerry.

Habis satu dapur bersepah. Tom tersekat pada celahan kerusi kayu. Jerry mencebik pada Tom. Muka Tom menjadi kembung dan berasap-asap. Marah betul Tom. Dipaksa dirinya untuk keluar dari celahan kerusi itu.

Hergggh!

Berjaya!

Jerry sepantas kilat melarikan diri lagi sekali.

Dan kali ini bersama peha ayam pula.

Channel Tiga:

Datin Paabedah sedang berbicara dengan Datin Jongang melalui talian percuma pemberian Maxis.

Bergosip tentang perempuan simpanan durjana yang membencikan. Sambil melihat pada kuku yang kononnya cantik berwarna merah bukan asli, berbangga-bangga pula apabila si perempuan simpanan durjana itu baru malam semalam masuk hospital kena langgar dengan kereta lembu.

Mereka berdua ketawa berdekah-dekah.

Sampai tempias air liur terkena pada skrin kaca televisyen.

Busuk.

Channel Empat:

Britney Spears sedang telanjang. Lagunya juga pop-ular.

 

***
Tet tet tet! Pesanan ringkas masuk.

‘Jom ke surau. Lagi lima minit aku sampai.’ yang ikhlas.

Pisang goreng yang tinggal lagi dua diletakkan di bawah tudung saji. Cawan dibasuh.

 

Entah lah nak.
Posts created 10

Leave a Reply

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top